Question: Dear dr budak,
Anak sy mengalami prolonged jaundis..skrg sudah masuk hari yg ke 45 tetapi jaundisnya still tinggi lg iaitu 203..ujian darah sdh dibuat pd hari yg ke14 result menunjukkan ALP agak tgg,283 dan doctor repeat ujian darah pd pd usia bayi sy 1bln n still result ALP masih tgg iaitu 425..doctor ade explain yg jika ALP tinggi ia maybe ade masalah hati kerana bayi saya still jaundis lg..pd usia bayi sy 6 mgg ujian darah utk ALP telah dibuat utk identify if ade problem utk hati dan sekarang sy masih menunggu result darah..sy amat bmbg dan harap doctor boleh jelaskan keadaan tersebut.terima kasih
Answer: Sumber ALP bukan sahaja dari hati tetapi berkemungkinan juga dari tulang. Tahap ALP dalam lingkungan seperti bayi anda kebiasaanya adalah biasa untuk bayi dan juga remaja disebabkan tumbesaran yang pesat. Bayi yang pramatang juga ada ALP yang tinggi disebabkan oleh kekurangan Vitamin D. Saya pasti doktor anda telah membuat pemeriksaan yang sewajarnya untuk memastikan tiada masaalah hati dan tulang yang membimbangkan.