[Q&A] Masalah hypocalcemia

Question: Salam, dr.
Anak saya di diagnose mengidap hypocalcemia pada hari ke-6 kelahiran. Kekurangan kalsium di dlm darahnya menyebabkan dia mengalami sawan. Sekarang ini dia mendapat rawatan di NICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Setelah 6 hari mendapat dose calcium setiap 6 jam, paras calciumnya masih lagi rendah. Doktor di sini memberitahu banyak kemungkinan sebab berlakunya hypocalcemia. Salah satu daripadanya adalah digeorge syndrome. Untuk pengetahuan doktor anak saya mempunyai fizikal yang kelihatan normal (tiada kecacatan fizikal / abnormal facies). Jantung serta organ lain juga berfungsi normal. Sekarang doktor telah menghentikan pemberian kalsium melalui saluran darah tetapi diberikan secara oral. Sampel darah juga akan dihantar ke KL untuk siasatan lanjut. Apakah kemungkinan lain yang menyebabkan hypocalcemia ini? Adakah ianya kesan daripada pemberian susu formula di awal kelahiran? (Susu ibu tidak diberikan pada awal kelahiran kerana langsung tiada). Sekiranya anak saya dipindahkan ke KL / Selangor, hospital manakah di antara HKL, Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buloh mempunyai paediatric yang terbaik? Anak saya pada hari ini berumur 15 hari.
Sekian. Mohon penerangan dari pakar-pakar di sini. Terima kasih.

Answer: hypocalcaemia tidak disebabkan oleh susu formula.
Ada banyak sebab, daripada masalah hormon, masalah genetik, kepada transient hypocalcaemia di mana masalah ini hanya jadi untuk jangkamasa pendek dan tidak akan berulang lagi. Saya bersetuju dengan tindakan doktor pakar di Hosp temerloh untuk menyiasat betul betul sebab ini.
Kerana jantung dan fizikalnya normal, kemungkinan kecil adalah diGeorge tetapi lebih baik kita tunggu kesemua keputusan siasatan sebelum membuat kesimpulan.
Puan, semua pakar pediatrik dilatih cara yang sama, tidak perlu membuat bandingan antara hospital-hospital kerana kami menggunakan protokol yang sama. Yang penting adalah puan selesa dan rasa yakin dengan rancangan, rawatan dan penjelasan doktor pediatrik yang mengendalikan kes ini.
Apabila ada lebih maklumat, mungkin anak akan dirujuk kepada pakar subspeciality dalam bidang endokrinology ataupun metabolik di hospital rujukan seperti HKL, putrajaya, dsb.


Posted

in

by

Tags: