Question: Salam sejahtera dr,
Anak sy berusia 2 bln dan disahkan hydronephrosis, menyebabkan kencing kotor.dr sudah berikan antibiotic dan probiotic.baru baru ini urine test anak sy menunjukkan kencing masih lagi kotor.walaubagaimanapun anak sy tidak menunjukkan sebarang simptom.adakah UTI anak sy serius?apa yang perlu sy buat?adakah selamat untuk mengambil vaksin dengan keadaan UTI?
Dr,
sy risau anak sy juga sangat banyak tidur.dia akan bangun pukul 10 hingga 11 malam.2 hingga 3 pagi.dan 4 hingga 6 pagi.adakah normal?
Answer: Hydronephrosis tidak menyebabkan kencing kotor. Hydronephrosis bermaksud ada bengkak dalam kawasan pengumpulan kencing dalam buah ginjal dan ini kemungkinan besar kerana ada sekatan dalam aliran kencing dalam salur kencing, seperti VesicoUreteric reflux yang akan menyebabkan kekerapan jangkitan kencing/kencing kotor. Perkara ini harus dipandang serius, saya rasa bayi perlu ada dibawah rawatan susulan pakar pediatrik, dan seterusnya perlu buat ujian MCUG dan mungkin perlu antibiotik pencegah. Boleh diambil vaksin jikalau tiada demam tinggi,.
bayi akan tidur lebih banyak daripada biasa. , secara umumnya
waktu tidur begini
< umur 2 bulan : 14-18 jam sehari
3- 11 bulan : 12-16 jam
1- 3 tahun : 12-14 jam
Maksud puan, dia bangun untuk 4 jam dalam sehari? ini kurang normal. Sila puan beri keterangan yang lebih.Sekiranya anak menyusu dan bertambah berat dengan baik, sepatutnya tiada masalah kesihatan serius tetapi harus waspadala. Saya rasa jumlah jam dia tidur tidak sebegitu banyak yang dikira. Sekiranya risau, boleh bawa berjumpa dengan doktor