[Q&A] Anak saya sering gagap

Question: salam doc, saya nak tanya, saya ada seorang anak berusia 7 tahun lelaki. perkembangannya normal, tetapi sejak 2 bulan ni saya dapati dia sering gagap.sering mengulang ulang ayatnya. di sekolah dia tidak dibuli, dia boleh bergaul baik dgn kawan2 yg lain. apakah solusi kpd masalah anak saya? perlukah dia dirujuk ke speech therapist?

Answer: Salam puan, adakah ini masalah baru? mula gagap sejak 2 bulan ini sahaja? Speech therapist tentulah akan banyak membantu dari segi membuat penilaian yang terperinci sama ada ini adalah ketara, dan seterusnya boleh memulakan terapi. Perlu juga pastikan sama ada anak ada apa apa masalah yang menyebabkan bingung/tension. Harap speech therapist kami akan membuat artikel yang lebih terperinci untuk gagap.


Posted

in

by

Tags: