[Q&A] Masalah selsema dan pemakanan

Question: hi doc,
anak saya perempuan , berusia 1thn , susu ibu sepenuhnya.
soalan saya :-
1) Baru2 ini saya telah mendapatkan rawatan untuk anak saya di klinik kerajaan kerana selsema dan batuk. Dan doktor telah memberikan ubat paracetamol syrup dan antibiotics. Setelah beberapa hari saya memberikan ubat berkenaan kepada anak saya, dapati muka anak saya dipenuhi bintik2 kecil (ruam) dan ia mengambil masa yg lama utk pulih. ADAKAH ANAK SAYA ALLERGIC PADA UBAT BERKENAAN . APAKAH YG PERLU SAYA LAKUKAN ?
2) Adakah dengan hanya memberikan susu ibu anak saya mendapat zat dan nuterisi yg mencukupi, perlukah saya memberikan susu formula kepadanya sebagai tambahan?
terima kasih doctor..

Answer: 1) Ruam pada muka boleh disebabkan oleh reaksi kepada ubat itu ( pernahka ia diberi ubat yang sama jenis? ), ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus dan sudah sampai penghujungya.
2) Sekiranya sudah berumur 1 tahun, tidak harus diberi susu sahaja. Tentulah akan kekurangan zat. Perlu mula makan yang bervariasi. Sekiranya tidak, anak akan juga kekurangan zat besi dan mendapat anaemia.