[Q&A] Masalah muntah

Question: salam dkter,anak sy berusia 1thn 1bln bru2 ni dia ada mngalami muntah sperti lender putih scara tiba2 pada sbelah mlm ktika sdg tidur muntah jd brulang kali shinggakan sy baringkan dia sj mesti dia akn muntah lagi,esk paginya dia mgalami cirit dan kembung shgga hari ini dah hari yg ke7 sy ada bagi dia gripe water nmpk dia ok ckit susu dia msh minum cma tak skerap hari biasa,dia tak mnagis tp sy dpt rasa kn dia sperti tak selesa.tlg bantu sy dkter…

Answer: Saya berharap puan sudah membawa anak berjumpa doktor dan anak telah sembuh.
Sekiranya muntah dan perut kembung yang berterusan, haruslah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan sepenuhnya untuk memastikan tidak ada masalah serius pada usus dan perut. Jangkitan kencing juga boleh menyebabkan muntah-muntah,
Gripe water mungkin dapat membantu tetapi tidak terbukti, dan hanya untuk kes colic sahaja.


Posted

in

by

Tags: