[Q&A] Pertanyaan tentang kaki kanak-kanak

Question: Dear Dr,
Saya ingin bertanya tentang kaki adik saya yang berumur 1 tahun setengah sekarang, dia tiba-tiba sahaja tersungkur selepas berjalan dan kelihatannya terjengket-jengket sebelum jatuh tersungkur. Tetapi sebelum itu dia boleh sahaja berlari-lari dan berjalan. Saya telah memeriksa kaki sebelah kiri dia yang kelihatan berjengket-jengket, tetapi tiada simptom yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan secara tiba-tiba seperti lebam atau luka tertusuk benda tajam. Adakah mungkin kaki adik sakit kerana kesakitan dalaman sebab adik saya tidak kelihatan sakit tapi kadang seperti mengerut tetapi sangat gembira bermain.
Bolehkah Dr. beri penjelasan kerana saya sangat risau, saya berharap saya dapat mengesannya lebih awal sebelum lebih teruk lagi.
Penjelasan Dr amatlah saya hargai.
Yang terdesak.

Answer: Adakah adik anda sentiasa terjengket-jengket ataupun kadang-kadang sahaja? Tidak dapat berjalan dengan normal mungkin kerana lemah ( masalah saraf, otot) ataupun sakit ( masalah otot, sendi pinggung, sendi lutut )Oleh itu saya nasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor yang fokus kepada sistem neurologi, dan musculoskeletal. pakar kanak-kanak boleh buat demikian.


Posted

in

by

Tags: