Question: Salam doc,
Semasa umur anak saya 4 bulan, anak saya mengalami batuk yg teruk dan telah di warded kerana Bronchitis. Semasa rawatan anak saya telah di Xray dan hasil permeriksaan itu doc dapati anak saya adalah Situs Inversus with Dextrocardia. Anak saya telah menjalani ujian Eco untuk memastikan fungsi jantungnya dan jantungnya didapati normal.
Adakah disebabkan Situs Inversus with Dextrocardia itu menyebabkan anak saya mudah mendapat batuk & selsema? Apakah kesan sampingan Situs Inversus with Dextrocardia? Mohon penjelasan lebih lanjut.
Terima kasih.
Answer: ada suatu sindrom yang dipanggil kartegener’s syndrome di mana pesakit itu mempunyai ciri-ciri situs inversus, dextrocardia ( posisi organ songsang, kedudukan jantung di kanan) dan juga mempunyai cila dysfunction, iaitu rerambut pada lapisan sel epithelium di rongga pernafasan dan saluran lain termasuk saluran sperma. Apabila rerambut (cilia) ini kurang berfungsi dengan baik, maka mekanisme lawan kuman-kuman adalah terjejas maka mudah mendapat jangkitan paru-paru dengan kerap. Bukan sebab jantung itu, tetapi adalah sebahagian daripada ciri-ciri sindrome ini.