Question: Salam doctor, saya ada kemusykilan mengenai anak saya.. ketika dilahirkan melalui ujian cord blood, didapati TSH tinggi , kali 2 ujian darah juga tinggi, ttapi untuk kali ke 3 ujian darah dilakukan (setiap ujian tanpa ada apa-apa ubatan dari doctor )anak saya didapati bebas daripada hypoythyroidisme kerana bacaan TSH rendah.Soalan saya adakah saya perlu membuat blood test semula pada anak saya yang kini telah berusia 2 tahun? adakah bayi yang pernah mendapat situasi begini berkemungkinan akan cenderung menjadi kanak-kanak hyperactive? ………..saya amat perlukan penerangan yang sebaiknya untuk mengatasi tahap kerisauan saya ini. terima kasih.
Answer: Sekiranya , ujian TSH adalah normal (bukan rendah) dan doktor telah memastikan dia tidak mempunyai masalah hypothyroidism , maka ini bermaksud ia tidak pernah mengalami masalah tersebut . Tanpa rekod ujian darah anak puan , saya tidak dapat menasihati dengan lebih lanjut . Jika ada kemusykilan elok berjumpa dengan doktor yang merawat do hisopital yang ada rekod keputusan darah sebelum ini.
Apa maksud puan anak yang pernah mendapat situasi seperti ini? Bukankah anak puan tidak mengalami masalah kurang tiroid? Masalah hyperactive tiada kaitan dengan kurang tiroid hormon, malah jika tidak dirawat , kanak kanak yang mempunyai masalah kurang tiroid hormon atau hypothyroidism menjadi kurang cergas. Ada artikel oleh Dr Yap tentang topik ini. Baca bahagian perhatian di atas – bagaimana hendak mendapatkan artikel tersebut .