Question: Salam doctor,
Anak lelaki saya berumur 1 tahun 9 bulan dan berat 9.5kg sahaja,
Seorang yang sangat aktif bermain.
Dia seorang picky eater yang mana hanya makan sesuap dua sahaja, itupun hanya makanan yg dia suka seperti macaroni. Selain dari itu dia akan luahkan semula apa yg dimakan.
Dia juga sukar untuk minum susu. Memang xnak minum susu guna botol susu..Dengan saya dia bf..Manakala pengasuh akan bagi susu menggunakan shringe.. Selalunya dengan kerelaan anak saya. Tp, sejak akhir2 ni dia semakin susah nak minum susu & makan. Sebab risau anak saya kelaparan, kadang2 pengasuh bagi secara paksa.
Tolong doctor..saya risau pasal tumbesaran anak saya. Sampai bila dia nak minum guna shringe. Saya pernah bawa jumpa doctor pakar namun xde solution.
Dia juga takot dengan orang lain selain parents and pengasuh dia,
DIa juga baru belajar untuk bercakap. Adakah ini normal atau perkembangannya lewat?
Answer: topik topik ini telah pun dijawab sebelum ini dalam bentuk artikel . puan boleh dapatkannya dengan menaip makan di search button dan lambat cakap. Selamat membaca. harap artikel-artikel tersebut membantu.