Question: Salam Dr. Saya mempunyai sepasang kembar. Kembar B telah memakai pacemaker semenjak setahun yang lalu dan dia sudahpun berumur 10 tahun. Tidak berapa lama selepas memakai pacemaker, saya perhatikan dia selalu tercirit di dalam seluar. Dan dia tidak dapat memberikan alasan seperti sakit perut bila saya bertanya. Apakah yg boleh menyebabkan keadaan ini dan adakah mempunyai apa2 kaitan dgn pemakaian pacemaker?
Answer: tidak. Sekiranya keadaan ini berterusan bawa berjumpa doktor pakar kerana ada pelbagai punca cirit dan sejarah penuh pesakit perlu diketahui sebelum kami boleh membuat kesimpulan . Adakah anak puan sebelum ini mengalami masalah sembelit kerana masalah sembelit ( kurang buang air besar , ataupun setiap kali buang air besar hanya sedikit sahaja yang keluar) yang berlarutan boleh menyebabkan masalah ‘soiling’ ataupun tercirit. Namun begitu , eloklah berbincang dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan yang rapi.