[Q&A] Anak saya berusia 55 hari mempunyai ruam

Question: Asalamualaikum, anak saya berusia 55 hari mempunyai ruam…saya telah berjumpa doktor namun ubat (cream) tersebut tidak menghilangkan ruam tersebut malahan kulit anak saya semakin teruk ruamnya dan menjadi kering di mukanya…sehingga kini kira kira dua minggu masih ada ruam merahnya di pipinya. saya telah meletakkan bedak sejuk namun tidak berkesan malahan kemerah-merahan. Doktor, apa yang perlu saya lakukan? ke pakar kulit atau pakar kanak-kanak? apa alternatifnya? hospital swasta atau hospital kerajaan…sebelum ini saya ke hospital swasta ubatnya tidak berkesan…bainya, anak saya sihat dan tidak menangis…wallahualam, Terima Kasih.

Answer: Boleh berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Samada hospital swasta atau kerajaan bergantung pada Puan . Lebih sejarah penyakit diperlukan dan doktor perlu memeriksa sendiri ruam tersebut untuk mendapatkan diagnosis agar rawatan berkesan, namun saya tidak dapat menasihati dalam keadaan ini kerana tidak dapat melihat sendiri masalah kulit tersebut. Adakala sesetengah kes akan dirujuk ke pakar kulit.


Posted

in

by

Tags: