[Q&A] Bahu kanan anak saya terseliuh

Question: Salam sejahtera,
Anak saya baru berusia 2 bulan dan lahir semasa berusia 34 minggu. Pada ahad yang lepas (9/03/14), bahu kanan anak saya terseliuh dan saya telah membawanya ke hospital. Setelah mendapat rawatan, saya mendapati anak saya kurang menggerakkan tangan kanannya. Pada bahu kanan tersebut tidak bengkak. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan bahu dan tangan kanan anak saya sembuh dan kembali seperti normal?

Answer: saya tidak dapat menasihati kerana saya tidak pasti apa yang berlaku padanya. Puan kata ..stelah mendapat rawatan, tangannya kurang gerak – rawatan apakah yang diberikan ? Adakah doktor telah mebuat xray? Kerana ada beberapa sebab mengapa bayi tidak menggerakkan tangan – ini mungkin ada masalah dengan tulang , sendi , urat saraf…


Posted

in

by

Tags: