Ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

cough

Q:  Doktor, anak saya berumur setahun dan sering juga mengalami masalah batuk dan selsema. Adakala berserta demam dan adakala tanpa demam. Biasanya, doktor memberi ubat batuk dan selsema. Baru-baru ini, saya berkunjung ke klinik kesihatan namun diberitahu oleh doktor bahawa ubat batuk dan selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun kerana kesan sampingan. Apakah ini benar? (Rozila)

A:  Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini. 

Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.

Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.

Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.

2. Teh limau madu yang suam

Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih

Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi

Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

(answered by Dr Yap Hsiao Ling)

 

Rujukan

  1. http://www.fda.gov/drugs/drugsafety/
  2. http://www.patient.co.uk/health/coughs-and-colds-in-children
  3. http://www.cdc.gov/features/getsmart/
  4. http://www.bmj.com/content/335/7617/429

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

67 responses to “Ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun”

  1. Sarah Abdul Halim Avatar
    Sarah Abdul Halim

    Salam sejahtera Doc,

    Anak saya 2thn6bulan baru baik dari demam 2 minggu yg lalu dan telah pun mengambil antibiotik selama 5hari. jumaat lepas, 08/05/15 anak saya start kena selesema yg teruk, hingus berwarna kuning kerap meleleh pada waktu dia berjaga. saya hanya beri dia ubat selesema pemberian doc bg consultation demam dia yang lalu (last 2weeks). sehingga hari ini, tiada tanda2 selesemanya berkurang. bila bgn tidur,terdapat bekas tahi mata (kekuningan) yang melekat pada matanya. anak saya aktif bermain dan tiada masalah dalam selera mknnya serta tidurnya. Saya masih belum membawa anak saya berjumpa doc. memandangkan selalunya bg selsema, anak saya baik dengan sndirinya. + anak saya baru saja mkn antibiotik. Cuma agak risau bila selsemanya kali ini agak teruk (hingga effect tahi mata).
    Mohon bantuan pandangan doc bg kes anak saya ini.
    Terima kasih.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Sarah Abdul Halim.
      Harap anak puan telah pulih atau beransur pulih dari jangkitan yang dihidapinya.

      Pengetahuan am:
      Air mata manusia memang mengalir melalui saluran sempit ke dalam rongga hidung pada setiap masa.

      Adakala seseorang kanak-kanak yang mengalami jangkitan selsema mempunyai jangkitan mata / tahi mata yang berlebihan.

      Puncanya:
      1. semasa jangkitan selsema, saluran air mata tersumbat mengakibatkan air mata tidak dapatn mengalir dengan lancar -> gejala: mata berair / tahi mata berlebihan, tetapi tiada mata bengkak atau merah.
      2. jangkitan mata juga kerap berlaku semasa jangkitan selsema -> tahi mata, mata bengkak atau merah, sakit mata, atau penjejasan penglihatan.

      Saya tidak dapat memberi komen samada penyakit anak anda serius sebab tidak memeriksanya. Sekiranya anda masih mempunyai kebimbangan atau anak anda masih tidak sembuh dengan rawatan, sila mendapatkan rawatan doktor.

      1. Sarah Abdul Halim Avatar
        Sarah Abdul Halim

        tq atas penerangan doc. anak saya telah beransur pulih dengan sendirinya. saya sudah stop pengambilan ubat selesema selepas 3-4 hari dan menggunakan nasal spray air garam sahaja. tiada lagi tahi mata kuning berlebihan dan hingusnya juga tiada warna kuning lagi.

  2. Yap Hsiao Ling Avatar
    Yap Hsiao Ling

    Hi CT. Persoalan anda berkenaan keselamatan ubat sedut ‘inhaler’ untuk bayi pramatang yang berpenyakit peparu sepatutnya dituju kepada pakar kanak-kanak yang merawati bayi anda. Sememangnya ada bayi pramatang yang mempunyai penyakit peparu menerima pelbagai rawatan, termasuk oksigen dan ubat inhaler., tetapi setiap pesakit adalah unik, di mana rawatan yang diberi adalah berlainan. Doktor pakar akan membuat pertimbangan tentang keperluan rawatan serta komplikasinya.

    Saya tidak dapat menerangkan dengan tepat atau teliti di sini tanpa maklumat kesihatan penuh bayi anda. Saya bercadang supaya puan berbincang dengan pakar bayi puan tentang perkara / kerisauan yang ditimbul.

  3. ct Avatar
    ct

    Hi doktor. Saya keliru, bolehkah evohaler flixotide 125mg diberikan kepada bayi pramatang berusia 2 bulan? Bayi saya lahir pramatang 28 minggu dan menghidap batuk yang teruk sehingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen. Dan doktor telah berikannya flixotide evohaler, untuk maklumat doktor anak saya ada lubang kecil di jantungnya akibat kelahiran pramatang.

  4. pn.lim Avatar
    pn.lim

    Saya pergi ke klinik dan dr.memberi ubat cair kahak kepada anak saya yang betusia 2bulan..terdapat bunyi kahak dan keadaannya mcm tidak selesa…tidak ada batuk atau selsema..adakah selamat utk mengambil ubat cair kahak? Nama ubat ialah mucolix.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Pn Lim. Seperti yang diterangkan dalam artikel di atas, semua jenis ubat batuk dan selsema tidak selamat dan tidak berkesan bagi kanak- kanak di bawah 2 tahun. Ini termasuk ubat cairkan kahak.

  5. Salmah Avatar
    Salmah

    Hai doctor,selamat tgh malam.Sy hndk brtnyk. Ank sy batuk 7 hari lps ttpi hanya kadng2 saja.Selaps 3 hari,mnjadi dmm..slesma hnya smntra dn bransr pulih.Semasa d bwa ke klinik swsta..3hari yg lps,doc tlh beri sy ubat demm(2jenis,slh satunya buang panas 4kali/sehari dan yg lagi satu 3kali/sehari)ttpi sy hnya mmberikn yg 4kali shari.Utk pgthuan doc ini kli ke-2 sy mmbawa ank sy ke klinik trsebut smsa ank sy dmm sbln yg lps.Selain itu ubat antibiotik dan ubat batuk ad juga di beri.Ttpi bari kelmrin ptg sy mmberikn ubt batuk sekali shja.Sblm sy berikn ubt batuk,ank sy mmng sering batuk ttpi hanya batuk biasa dn tdk kerap.Bila mlm ank sering batuk d buaian ttpi juga tdk kerap.Soalan sy,apabila bayi batuk sma ad dlm buaian atau d tilam smasa [email protected] mana hcara utk legakan sedikit.Cth:bila dlm buaian,perlukan sy angkt sdkt kepala smbil sapu2 dada atau tepuk belkng atau mcm mana??. Terima kasih doctor.

    1. Salmah Avatar
      Salmah

      Ank sy berumur 11 bulan 3 minggu 2hari

      1. Yap Hsiao Ling Avatar
        Yap Hsiao Ling

        Hi Puan Salmah. Rawatan batuk / selsema tanpa menggunakan ubat telah diterangkan dengan teliti dalam artikel di atas.

  6. NURITA BT ABD GHANI Avatar
    NURITA BT ABD GHANI

    Hai doc anak saya ada asma setiap kali ada selsema dgn batuk mesti kena pi ambik gas untuk asma umur dia skrang ni 1 tahun 9 bulan mesti kah kena pakai chember dah bermacam-macam ubt saya bgi untuk asma sampai saya bgi minum madu tpi tak jadi jgk Tolong doc bagitahu macam mana nak buat dekat anak saya ini.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Puan Nurita. Sekiranya anak anda mendapati serangan asma setiap kali semasa selsema. Simptom batuk adalah tanda serangan asma. Rawatan untuk serangan asma adalah ubat pelega asma (samada ‘nebulise’ /gas atau ‘inhaler’/pam dengan alat ‘spacer’). Semasa serangan asma, anak ada mungkin perlu ubat ‘steroid’ untuk mengurangkan radang.
      Sila bincang dengan pakar kanak-kanak tentang rawatan asma anak puan supaya kawalan asma boleh ditingkatkan.

  7. Nur Azlianie Avatar
    Nur Azlianie

    Hai doc selamat malam,Anak sya batuk2 dan berhingus lender putih,Dia baru 4 bulan,dah pi klinik tadi.boleh kah baby diberi ubat yg diberi dcctor?sedangkan doctor tu ada pesan bayi 4 bulan tak boleh minum ubat apa2 sedangkan doc tu tetap juga bgi ubat?Thanks doc

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Nur Azlianie, sememangnya ubat batuk dan selsema tidak boleh diberi kepada kanak-kanak yang kurang dari 2 tahun.

      Ubat-ubatan lain, jika diperlukan dan bersesuaian dengan penyakit, masih boleh diberi pada dos yang disyorkan.
      Saya tidak dapat komen tentang kesesuaian ubat untuk bayi puan sebab tiada nama ubat diberi.

  8. shira Avatar
    shira

    Hi doc…saya nak tanya..anak saya berumur 1 tahun 4 bulan..die sudah batuk hampir 2mnggu…sy ingin bertanya, adakah prosoan boleh diberi pada anak saya yang berumur 1tahun 4bulan ini?

    1. shira Avatar
      shira

      Hi doc…saya nak tanya..anak saya berumur 1 tahun 4 bulan..die sudah batuk hampir 2mnggu…sy ingin bertanya, adakah prospan boleh diberi pada anak saya yang berumur 1tahun 4bulan ini?

      1. Yap Hsiao Ling Avatar
        Yap Hsiao Ling

        Hi Shira, semua je is u at batuk termasuk Prospan, tidak sesuai untuk kanak -kanak berumur kurang dari 2 tahun. Harap anak anda telah sembuhKalau. Sekiranya, dia masih sakit, suka membawanya untuk diperiksa doktor kanak-kanak.

  9. IDA Avatar
    IDA

    tq doc atas penjelasan.cuma sy ingin tahu.adakah ubat antibiotik bahaya utk anak yang berumur 5bulan?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Ida, antibiotik, pada keseluruhannya, tidak bahaya kepada manusia sekiranya penggunaannya adalah betul. Antibiotik adalah ubat untuk merawat jangkitan kuman bakteria. Setiap jangkitan bakteria memerlukan jenis, dos serta jangkamasa penggunaan antibiotik yang bersesuai untuk menangani jangkitan bakteria dengan efektif. Antibioitk, seperti ubatan yang lain, mempunyai kesan sampingan. Oleh itu, doktor perlu buat banyak pertimbangan sebelum memulakan antibiotik untuk pesakit.

  10. IDA Avatar
    IDA

    hai doc, bby sy 5bulan.dia mengalami batuk berkahak.sudah ke klinik pakar dan neb selama 6hari.2x sehari. diberi ubat cair kahak, selsema dan antibiotik.sudah habis sebotol dan di beri tambah lagi sebotol.abak tidak buang air besar selama 3hari adakah disebabkan pengambilan ubat.dan saya ingin berhenti antibiotik.tapi doc cakap tak boleh berhenti mesti habiskan 2botol.apa yang harus saya lakukan?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Ida, kebanyakan jangkitan selsema kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus, di mana antibiotik adalah tidak berkesan. Pemberian ubat cair kahak, sekiranya ubat batuk / selsema adalah tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah. Saya tidak dapat komen tentang keperluan antibiotik sebab saya tidak membuat pemeriksaan kanak anda. Puan boleh minta penjelasan yang lebih teliti mengenai penyakit anak serta keperluan ubat daripada doktor pakar yang merawati anak anda.

      Sekiranya, puan masih ada kemusykilan, puan boleh membawanya ke hospital untuk diperiksa.

  11. hazimon mustafa Avatar
    hazimon mustafa

    Hai dc.baby saya berusia 4bln lebih,dan dia mengidap selsema selama 2bln,hidungnya berbunyi macam ada hingus yg kental.baru2 ni saya ada mencuba cara mencairkan hingus baby iaitu secara wap(steam)dan tepuk percusion dan ada juga memakai cecair saline,soalan saya adakah cecair saline boleh digunakan sentiasa apabila baby selsema dan kenapa hidung baby sy sentiasa berbunyi biarpun selepas saya memakaikan cecair itu.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Hazimon Mustafa, titisan hidung dengan air garam (atau saline nose drops) adalah selamat walaupun kerap digunakan. Ianya hanya mengandungi air garam dan tiada bahan kimia / ubatan.

      Fungsi titisan hidung dengan air garam adalah untuk mencairkan hingus supaya senang dibuang, maka lega hidung bayi dari tersumbat. Ia tidak mempunyai kesan mengeringkan hingus. Semasa bayi mengalami selsema, hingus berlebihan tetap akan dihasilkan sehingga bayi sembuh dari selsema.

      Untuk masalah bayi anda yang berlarutan selama 2 bulan, saya mengesyorkan Hazimon untuk membawa bayi anda untuk diperiksa oleh doktor.

  12. efa Avatar
    efa

    terima kasih doctor atas penerangan yg diberikan.adakah arahan kkm mengenai larangan penggunaan ubt btk dan selsema bg kanak2 dibwah 2tahun masih berkuatkuasa hnga sekarang?jika ia mengapa terdapat sesetengah doctor di klinik memberi ubat batuk dan selsema bg kanak2 dibwah 2tahun untuk merawat btk dan selsema kanak2 tersebut.mohon pencerahan daripada doctor.terima kasih

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Efa, terima kasih atas komen anda. Arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga sekarang. Saya tidak dapat memberi komen sebab sesetengah doktor masih merawat kanak-kanak di bawah 2 tahun dengan ubat batuk / selsema tanpa siasatan. Jadi, ibubapalah yang perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang betul untuk membuat keputusan yang betul mengenai kesihatan anak-anak. Penulisan artikel sebegini adalah salah satu cara yang membolehkan pakar kanak-kanak memberi ilmu pengetahuan kepada ibubapa.

  13. ida Avatar
    ida

    Sy nak tanya..adakah sirap batuk prospan selamat untuk bayi berumur 2 bulan? Adakah Sirap ni x membuatkan bayi mengantuk?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Puan Ida, pada keseluruhannya, semua ubat batuk dan selsema memang tidak berkesan malah tidak selamat diberi kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Kesan-kesan sampingan ubat batuk dan selsema telah dihurai di dalam artikel di atas.

      Saya ingin menekankan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

  14. efa Avatar
    efa

    hai.anak saya berumur 3bulan.dan dijangkiti selsema.saya telah berikan iliadin nasal drop selama 3hari.selsema sudah kering.tetapi kini tekak nya yang berkahak.nafasnya berbunyi ketika menangis.tetapi penyusuannya tidak terjejas.saya ada bawak anak berjumpa doctor dan diberikan ubat bucanil syrup(antiasthmatic agent) dan peace syrup( antihistamine,nasal decongestant).saya ingin bertanya.adakah ubat ini selamat dimakan oleh anak saya memandangkan saya ada terbaca tidak digalakkan memberi ubat batuk dan selsema pada kanak2 bawah 2tahun. ada terbaca tidakselamat dimakan oleh anak saya.memandangkan sayj ada terb

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Efa, ubat batuk dan selsema memang tidak berkesan malah tidak selamat diberi kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Kesan-kesan sampingan ubat batuk dan selsema telah dihurai di dalam artikel di atas.

      Saya ingin menekankan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

  15. Amy Avatar
    Amy

    hai doc
    baby saya umor 9bulan. dia batok trok setiap kali tidor dalam buai tp bile dia bagun tido dan bermain dia tk batuk plak..dan betul ka kalau anak-anak selsema dan batuk bila mandi jangan basuh kepale?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Amy, tiada bukti bahawa basuh kepale akan memudaratkan selsema dan batuk. Terdapat pelbagai sebab untuk batuk semasa tidur. Saya bercadang untuk puan bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.

  16. farah Avatar
    farah

    Hi doctor
    Baby saya berumur 3bulan mengalami batuk berkahak dan selsema hampir 2minggu. Saya sudah ke klinik. Dan dapat ubat cairkan kahak n batuk (salbutamol) serta ubat titik hidung. Bagaimana kaedah untuk bayi saya cepat sembuh. Saya ada terbaca tentang kaedah wap n tepuk belakang. Tidur jangan telentang dan tinggalkan semua ubat. Dan 1 lagi ada juga yang minta sedut guna mulut secara perlahan utk buang hingus bayi.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi farah, batuk selsema yang ringan kebiasaannya akan sembuh sendiri dalam tempoh 10-14 hari. Sekiranya gejala batuk dan selsema dah semakin baik pulih, puan boleh menggunakan kaedah yang dicadangkan dalam artikel di atas.

      Ubat Salbutamol bukan ubat cairkan kahak / ubat batuk. Salbutamol adalah ubat untuk merawat lelah (iaitu penyakit asma).

      Adalah tidak digalakkan untuk tidurkan bayi anda dalam posisi yang lain daripada terlentang untuk mengelakan kejadian kematian bayi mengejut atau “sudden infant death syndrome”.

      Saya tak pasti tentang wap yang puan katakan. Adakah puan maksudkan “vapourised menthol”? Ubat yang mengandungi Menthol tidak sesuai untuk kanak-kanak kurang dari 2 tahunan sebab menthol boleh menyebabkan batuk lagi teruk / bertambah kahak.

      Ubat titis hidung adalah sesuai sekiranya ia tidak mengandungi ubatan. Titisan hidung air garam disyorkan untuk bayi anda. Sekiranya hingusnya tebal, puan boleh belikan alat sedut hingus (mucus extractor) dari farmasi untuk sedut keluar hingus.

  17. azah Avatar
    azah

    hi doctor yap,
    saya nak bertanya.anak saya umur 4bulan 2minggu mengalami batuk n selsema maybe dari pusat jagaan yang saya hantar.dia selsema dan batuk sudah hampir seminggu.saya ada bawa ke klinik kerajaan dan doktor ada bagi ubat batuk,ubat cairkan kahak dan antibiotik but with small dosage(around 0.5-2.5mL).saya risau bolehkah beri ubat pada anak seawal usia 4 bulan.anak saya sering menangis kerana tidak selesa.adakah ini tanda2 penyakit pnemococcal?perlukah saya berjumpa pakar?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Azah, saya berharap bayi anda telah sembuh. Memang tidak digalakkan untuk memberi ubat batuk dan cairkan kahak kepada kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun. Antibiotik hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria, bukan jangkitan virus. Adalah susah untuk saya komen samada antibiotik diperlukan untuk anak anda. Sekiranya anak anda masih tak sihat, saya bercadang untuk puan bawa anak puan untuk jumpa pakar pediatrik.

  18. CH CHUA Avatar
    CH CHUA

    Talking about this issue, a lot of GPs are still prescribing expectorant syrup for kids younger than 2 years. Don’t they aware of the side effects?

    I have seen GPs prescribed terbutaline and prednisolone 3mg/5ml TDS for 6 months old boy.

    please advice.

    thanks

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Thanks Chua for your comment. We are aware of some doctors practising outside the norm for various conditions, not only just the situation you mentioned above. That is one of the reasons we wrote this and other articles to empower you as a parent to make informed decisions regarding your child’s health.

  19. diyana Avatar
    diyana

    slm doctor..saya nak tanya sedikit..anak saya demam start jumaat lepas dan dia masih kelihatan aktif..saya sudah pergi ke klnik 2 kali..anak saya demam on off..now die dah selsema dan batuk..demam dah ok tapi disebabkan batuk bdnya mula pns ala ala suam bila pagi dan mlm ketika mahu tidur..adakah disebabkan tekak anak saya sakit boleh effect kepada demam??

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Puan , saya tidak pasti samada memang tekaknya sakit kerana masalah batuk selsema tidak semestinya disebabkan oleh masalah tekak. Perlu berjumpa doktor untuk kepastian

  20. WINNIE GOH Avatar
    WINNIE GOH

    DR, ANAK SY UMUR 4THN SEKARANG, SEJAK DIA PERGI KE DAY CARE, DIA SETIAP BULAN SESELMA, BATUK DAN ADA KAHAK. SELALU LEPAS SEMBUH DUA TIGA MINGGU DATANG LAGI. ( DR PERNAH CAKAP DIA ADA ALLERGY.) DIA ADA SATU KALI SELSEMA DAN BATUK DGN ADA KAHAK SAMPAI MENGALAMI SEDIKIT ASHMA. DR PERNAH PANGGIL SY BAGI DIA SUNTIKKAN. ADAKAH INI PERLU? JIKA PERLU, ADAKAH ADA EFFECT ? JIKA TAK NAK SUNTIKKAN ADA APA CARA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT ?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Kanak-kanak yang menghadiri nurseri kerap batuk dan selsema. Kebiasaannya ini disebabkan oleh jangkitan virus yang kebiasaanya mengambil masa hanya beberapa hari dan mereka aktif seperti biasa. Sekiranya mengalami simptom seperti asma, itu bermakna jangkitan tersebut telah menyebabkan keradangan kepada salur pernafasan. Adakala ia hanyalah sementara namun ada sesetengah kanak -kanak memerlukan rawatan untuk asma. Saya tidak dapat menasihati lebih lanjut tentang itu tanpa pemeriksaan.

      Tentang suntikan pula, saya tidak pasti suntikan apa yang dicadangkan kepada puan . Adakah pneumococcal vaccine atau influenza. Kedua dua suntikan tersebut adalah baik dan berfungsi untuk melawan jangkitan kuman tertentu.

      adalah sukar untuk mengurangkan jangkitan kerana batuk selsema adalah disebabkan kuman yang disebarkan melalui udara. dan semestinya apabila bercampur dengan kanak-kanak yang lain jangkitan ini mudah disebarkan. Sekiranya ia sedikit sahaja dan anak aktif seperti biasa, ia tidak merisaukan kerana jangkitan virus memang kerap berlaku semasa kecil dan akan baik selepas beberapa hari.. Jika ia kerap berlaku dan menular sehingga menyebabkan masalah di paru paru atau salur pernafasan, maka ia memerlukan pemeriksaan doktor. Memastikan anak tidak terdedah kepada sebarang asasp terutamanya asap rokok juga adalah penting kerana asap rokok sememangnya memudaratkan.

  21. nurul Avatar
    nurul

    dr,anak sy berusia 1thun 2bulan..sejak 2 minggu lepas,selepas sembuh dr demam die kerap batuk dan kadang kala selsema..batuk selalunye pd waktu pg..malam ada juga kadang2..untuk pengetahuan anak sy x suke berselimut dan memakai seluar pd waktu tidur malam

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Puan boleh rujuk pada artikel ini untuk mendapatkan sedikit pencerahan samada simptom anak sama atau tidak seperti yang diterangkan dalam artikel ini
      http://www.doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/

      Saya mencadangkan agar anak dibawa berjumpa doktor pakar pediatrik.

  22. asiah zulkifli Avatar
    asiah zulkifli

    Salam doktor. .nk tnya ank sye brumur 5y tlebih minum ubat batuk.sepatutnya 5ml tp dia ambil sendiri sebayak 12ml ketika sye kluar bkerja. Apakah kesan dr pengambilan ubat batuk tsebut doktor.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Puan Asiah,

      Saya bercadang untuk puan membawa anak ke hospital dengan segera sekiranya ia baru berlaku untuk pemeriksaan. Sila bawa ubat yang terlebih minum supaya doktor yang merawati anak anya dapat mengecam dan memberi rawatan, sekiranya perlu.

  23. Diana Avatar
    Diana

    HI, my kid is 25 months old now. He got cough one week already. Starting only cough in the early morning & at night (only 2 times per day), but start from last 3 days I can hear he got the sputum & getting more. Yesterday got a bit running nose. Shall I bring him to see doctor? I’m planning to go at night but after read your article, I’m lost. Or, he is 25 months now, he can use the medicine?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Dear Diana, this article is not meant to replace a consultation with a doctor. It is written with the sole purpose tof empower you as a parent to make better demissions when it comes to your child’s health and well being. Therefore, if you have any concerns when your child is unwell, please seek medical attention.

      Ministry of health limits the recommendation to children 2 years and below.

      Whether your child need medicine, the doctor that attended your child will have to decide after clinical assessment of his condition.

      Thanks for your question

  24. Dr Yap Avatar
    Dr Yap

    This is used for the purpose of notification

  25. Siti Salbiah Avatar
    Siti Salbiah

    Salam doctor…anak sy berusia 5bln dan sudah lebih kurang 10 hari selsema (on off)..cairan selsema tidak terlalu pekat dan hanya meleleh keluar bila anak saya menangis. Saya terbaca yg memberi ubat selsema tidak bagus utk anak bawah 2 tahun, jd saya berhenti memberinya ubat…perlukah saya bawa anak utk pemeriksaan lanjut atau sy boleh gunakan nasal drop spt artikel di atas? Adakah doctor boleh mencadangkan beberapa jenis/jenama yg boleh dibeli?

    Terima kasih.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Salam sejahtera, sekiranya a nak anda aktif, tiada gangguan makan atau minum, dan tidah mengalami kesusahan pernafasan; maka boleh beri rawatan ringkas seperti dalam artikel di atas. Memang ada banyak jenama dalam pasaran. Untuk anak anda yang masih kecil, disyorkan untuk mendapatkan nasal saline drops or spray yang tidak mengandungi ubatan. Doktorbudak tidak akan memberi cadangan jenama supaya tidak pilih kasih.

      Jika anak anda mempunyai kesusahan bernafas, tidak aktif dan kurang makan / minum, atau ada apa2 kebimbingan yang lain, sila jumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

      1. Siti Salbiah Avatar
        Siti Salbiah

        Setakat ini anak saya masih aktif dan menyusu seperti biasa…terima kasih atas nasihat yang diberikan.

  26. Dr Yap Avatar
    Dr Yap

    *comment notification system on*

  27. Junaida Watie Avatar

    Anak saya alami selsema yang kerap. Dah sembuh 2-3hari selsema balik. Kesian pun ada.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Puan, untuk rawatan simptom selesema sila baca artikel di atas. Saya tidak dapat komen tentang sebab kerap anak anda mengalami selesema sebab tiada maklumat yang selebihnya. Saya bercadang sekiranya puan risau, puan boleh bawa anak jumpa doktor kanak-kanak. Terdapat banyak sebab-sebab selesema, di antaranya jangkitan virus dan resdung.

  28. rasidah Avatar
    rasidah

    salam….dr anak sy telah berusia 5 bulan….dan mengalami selsema hampir 2 bulan….tiada batuk….tidak berisiko ker anak sayer mengalami asthma…ape rawatan yg terbaik bg anak sayer…..

    1. DoktorBudak Avatar
      DoktorBudak

      Selsema dalam bayi perlu dipastikan sama ada sebenarnya nasal snuffles sahaja. Tidak boleh kategorikan sebagai asma kerana masih terlalu awal.
      Rawatan adalah seperti nasal drops, mucus extractor – tolong baca artikel di atas.

  29. nurul Avatar
    nurul

    Assalamualaikum.. Dr, adakah boleh ibubapa beli alat nebulizer di farmasi utk kegunaan di rumah.. Bagi memudahkan untuk nap jika berlaku kahak yg byk utk anak kecil?.. Adakah digalakkan atau membawa keburukan?..terima kasih

    1. DoktorBudak Avatar
      DoktorBudak

      Ini tidak digalakkan. Ini kerana kami bimbang puan akan cuba rawat di rumah sahaja dan terlalu lewat bawa anak yang semakin sakit.
      Tetapi penggunaan inhaler dengan spacer adalah mungkin berguna

  30. Hasmulini Avatar

    thanks for the good info ^_^

  31. ferra Avatar
    ferra

    assalamualaikum doktor,
    adakah normal sekiranya anak-anak saya ada lelah boleh kerap berkahak? adakah ia juga berpunca dari segi jenis makanan yg boleh mendatangkan kahak? anak-anak saya, twin berumur 1 tahun 7 bulan dan abangnya berumur 3 tahun 3 bulan… tq

    1. DoktorBudak Avatar
      DoktorBudak

      Sila baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/07/31/mengapa-anak-saya-selalu-batuk/
      Memang lelah boleh menyebabkan batuk.

      Susu, keju mungkin boleh menyebabkan lebih banyak kahak.

      sorry for the late reply. the delay is mainly due to the fact that we do not check for questions that come through this comment section actually because questions are supposed to be asked through the Ask Doktorbudak button in the top panel of this website.*

  32. Yus Avatar
    Yus

    Assalamualaikum & Salam sejahtera Dr.. anak saya berumur 2 bulan lebih. sudah hampir 2 minggu batuk sahaja. Kami telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor bagi nebulizer, dah 5 kali tetapi batuk tetap ada. apa lagi alternatif yang boleh saya buat Dr?

    1. DoktorBudak Avatar
      DoktorBudak

      *sorry for the late reply. the delay is mainly due to the fact that we do not check for questions that come through this comment section actually because questions are supposed to be asked through the Ask Doktorbudak button in the top panel of this website.*

      Berapa kerap batuk ini? Sekiranya kadang-kadang sahaja tidak perlu risau. Sekiranya masih batuk berpanjanang anda perlu jumpa doktor untuk pastikan bukan asma, batuk kokol dsb.
      Sila baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/07/31/mengapa-anak-saya-selalu-batuk/

  33. lim Avatar
    lim

    my baby has cough with phlegm for almost 3 weeks. the cough is getting better after taken medicine but the phlegm is still there. is there any way to clear the phlegm? by the way he is only 3month old.

    1. DoktorBudak Avatar
      DoktorBudak

      Dear Pn Lim, sorry for the late reply. the delay is mainly due to the fact that we do not check for questions that come through this comment section actually because questions are supposed to be asked through the Ask Doktorbudak button in the top panel of this website.

      For a 3 month old baby, you should not use any medication. Sometimes there could be some secretions and some sound as if he got phelgm but it could be normal. If he is not distressed by it, as in feeding is not disturbed, sleeping well, and not appear to be breathing rapidly and in difficulty, then he should be fine. You can make sure the room is well humidified so that it helps him to reduce the thickness of the secretions. In the event that he really is disturbed by thick phlegm, he may need nebulised saline in the hospital/clinic to help loose the secretions and some suctioning. You should consult a doctor if you think he is in distress.

  34. Seman Avatar
    Seman

    Anak saya umur 3thn.batuk tak henti bila mlm.dah bermacam ubat saya beli tak sembuh juga.petua petua pun saya dah cuba. Tak juga. Bawa ke hospital yg kesianya kene cocok tangan ambil darah sampai bengkak tangan .

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Seman, kami telah mengeluarkan artikel tentang batuk malam http://www.doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/.

      Bawa berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan terperinci dan rawatan lanjut ya.