Question: Salam,
saya ada anak seorang perempuan berumur 6thn, semasa umurnya 2 tahun, saya berulangalik ke hospital kerana kelenjarnya sentiasa timbul, tidak mengecil. Pada umurnyer 3 tahun die mengalami bengkak di bawah rahang berdekatan telinga. Doc buat scan namun tidak ada nanah, die menangis kesakitan. Pada umurnya 6 tahun die mengalami masalah ini sekali lagi. Adakah ia membahayakan? dan disebabkan berulangkali terjadi di tempat yg sama, adakah itu nanah?
Satu lagi soalan, anak saya tidak mendapat imunisasi yg lengkap semasa kecil, skrang die berumur 4 tahun, apa yg patut saya lakukan?
Terima kasih
Answer: Berdasarkan penerangan , saya merasakan anak puan mengalami masalah bengkak kelenjar limfa. Dr Aznor ada menulis tentang ‘perlukah risau jika kelenjar limfa bengkak’. Baca dan tentukan samada ia seperti yang ada pada ank puan . Semestinya, doktor pernah menerangkan atau puan bertanya tentang diagnosa anak pada umur 3 tahun itu.
Taip ‘kelenjar’ di ruang ‘search’ untuk mendapatkan artikel tersebut,
Berkunjung ke klinik kesihatan untuk berbincang dengan pegawai /pakar perubatan keluarga tentang imunisasi yang tertinggal. Jika ada buku rekod tentang vaksin apa yang diambil/tidak diambil bawa ke klinik juga.