[Q&A] Masalah sembelit

Question: As salam doktor,
Anak saya berumur 4 tahun. Dari bayi hingga sekarang dia mengalami sembelit. Kadang-kadang dia tidak buang air besar selama beberapa hari, kemudian dia akan meneran. Najisnya pula sangat besar dan berketul-ketul. Apabila sy bagi dia ubat pelembut najis, masalah ini hilang tetapi bila ubat habis, masalah ini akan kembali. Apa patut saya buat doktor? Buah-buahan dan minum air yang banyak nampaknya tidak berkesan juga. Sy risau lama-lama masalahnya ini boleh menyebabkan buasir.

Answer: masalah sembelit tidak boleh diselesaikan hanya dengan ubat. Namun , ubat memainkan peranan penting pada peringkat awal dan adakala digunakan untuk untuk sebulan lebih lamanya. Dalam pada itu, beberapa faktor lain perlu diambil kira. Adakah najisnya keluar habis. Dalam sesetengah kanak-kanak, najis melekat di usus besar dan ini perlu dikeluarkan . Doktor akan memeriksa perut dan sekiranya ada, perlu dikeluarkan dengan penggunaan ubat mengikut dos yang ditetapkan.
Antara perkara lain :
1. banyak minum air kosong
2. perbanyakkan buah dan sayuran (serat) dalam pemakanan, ia bukan sesuatu yang hanya dibuat masa sembelit sahaja tetapi perlu dipraktikkan dalam kehidupan secara konsisten
3. Adakah dia banyak minum susu? Ini juga antara penyumbang sembelit jika berlebihan.
4. Menjalankan aktiviti riadah sekurangnya sejam sehari
5. Dapatkan rawatan doktor. Ada punca2 sembelit lain selain daripada pemakanan sebagai punca. Masalah kurang tiroid hormon dan juga usus boleh menyebabkan sembelit juga. Memandangkan ini sudah dikira ‘kronik’ kerana sudah lama bertahun berlaku, dapatkan surat rujukan berjumpa pakar.


Posted

in

by

Tags: