[Q&A] Seberapa kerapkah baby berusia 3-4 bulan minum susu?

Question: salam doktor… saya ingin bertanya seberapa kerapkah baby berusia 3-4 bulan minum susu.. dan normal ke jika malam baby tido sepanjang malam dan minum susu selepas 7-8 jam. saya risau jika berat anak saya semakin menurun kerana bila malam dia akan tidur lbh kurang 7-8 jam baru bangun minum susu. kemudian dia akan sambung tidur semula. saya risau jika kekurangn berat dan kekurangan air… Mohon pencerahan dari doktor,., thanks…

Answer: baby pada usia 3-4 bulan tidak minum sekerap bayi baru lahir. Ia juga bergantung kepada jenis susu, sebagai contoh susu badan , kerana ia senang dihadam – bayi akan cepat berasa lapar dan minum susu lebih kerap berbanding susu formula. Pada usia ini juga , jadual tidur mereka juga berubah dan ada yang tidur malam lebih lama biasanya dalam 5-6 jam.
Adakah Hafiza membawa anak untuk imunisasi dan pemeriksaan di klinik kesihatan . Berat, tinggi dan ukur lilit kepala akan diambil mengikut jadual dan diplotkan di graf pada buku bayi untuk memastikan pertumbuhan badan adalah baik. Secara amnya, berat badan bayi akan menjadi 2 kali ganda berat lahir pada usia 4-6 bulan.
Sekiranya baby aktif , ada air mata bila menangis, lidah dan bibir basah dan tidak kering , kencing kerap dan banyak maka itu tanda tiada dehidrasi berlaku.


Posted

in

by

Tags: