[Q&A] Masalah ujian darah dan buang air besar

Question: Salam Doc, ank sye umo 16 ari & nk tny:
1) klu amk darah brp lme ble dpt result die?
2) ank sye berak wane kuning tp byk kua cecair cm cirit n x ckt je pepejal. De pe2 x kene ke ngn body die? – sye isau cz bontot die da melecit trk…

Answer: itu bergantung kepada ujian yang diminta oleh doktor kerana darah yang diambil bukan diuji untuk semua ujian tetapi pemeriksaan tertentu. Ada yang dapat results pada hari yang sama dan ada juga mengambil masa beberapa hari atau lebih bergantung kepada jenis ujian darah
Baby pada umur tersebut najisnya tidak berketul tetapi lembik. Pastikan lampin sentiasa ditukar dan sapu ubat zinc oxide yang boleh didapati di klinik kesihatan atau farmasi. Perlu biarkan lampin terbuka kerap sebab pengudaraan akan membantu kulit lebih cepat pulih. jangan pakai sabun pada bahagian tersebut kerana pewangi atau bahan lain dalam sabun boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Jika teruk sampai merah sangat bawa berjumpa doktor kerana risiko jangkitan kuman pada bahagian tersebut.


Posted

in

by

Tags: