[Q&A] Anak saya tidak buang air besar selama 8 hari

Question: Doktor, saya mempunyai anak berusia 3 bulan sepuluh hari. Sebelum ini dia berak setiap hari tetapi apabila umur dia masuk 3 bulan tempoh hari dia cuma berak 2-3 hari sekali. sekarang saya risau sebab dah masuk 8 hari dia tidak berak. Adakah normal keadaan seperti ini? Untuk pengetahuan doktor, anak saya menyusu ibu sepenuhnya dan dia kencing seperti biasa dan selalu kentut. perutnya tidak kembung dan keras. Adakah saya perlu membawa anak saya ke klinik/hospital untuk pemeriksaan? Harap doktor dapat memberi penjelasan untuk mengurangkan kerisauan saya. terima kasih.

Answer: Normal bagi bayi yang menyusu badan untuk berak jarang jarang selepas 2-3 bulan. Tapi perlu pastikan yang perutnya lembut, najisnya lembut , dia tidak muntah muntah.


Posted

in

by

Tags: