[Q&A] Anak saudara saya berusia 22 bulan yang terjatuh terhentak pintu dan benjol di tepi dahi.

Question: Assalamualaikum.sy ingin bertanya tentang anak saudara saya berusia 22 bulan yang terjatuh terhentak pintu dan benjol di tepi dahi. menangis sebentar dan kemudian okay.keesokan harinya benjol hilang.perlu ke membuat scan dan ada sebarang kesan terhadap hentakan itu?

Answer: Keputusan membuat scan atau tidak sebenarnya bergantung pada pemeriksaan fizikal oleh doktor yang melihat anak saudara puan. Oleh itu sukar untuk saya tentukan berdasarkan semata mata pada apa yang berlaku. Namun begitu , keadaan anak tersebut dapat membantu sedikit sebanyak dalam menentukan samada dia berkemungkinan mengalami pendarahan kepala. Kanak-kanak sememangnya pada usia itu kerap jatuh dan scan tidak dibuat setiap kali benjol berlaku. Sekiranya dia aktif seperti biasa, tiada perubahan fizikal seperti sawan , juling secara tiba tiba, menangis dan merengek tidak seperti biasa atau sukar dipujuk, muntah muntah , maka perlulah ke hospital untuk mendapat pandangan pakar


Posted

in

by

Tags: