[Q&A] Anak saya berusia 4 bulan dan dijangkiti demam campak.

Question: Salam. Doktor, anak sy berusia 4 bulan dan dijangkiti demam campak. Sy da bawa ke klinik berdekatan dan hanya ubat sapuan krim yg diberi. Tp sy risau sbb anak sy masih kecil dan belum menerima vaksin mmr. Perlukah ank sy diberi lain2 rawatan selain sapuan ubat krim tersebut?

Answer: adalah sukar untuk saya menjawab soalan ini apatah lagi saya tidak dapat memastikan melalui online samada anak puan sememangnya dijangkiti campak. Ini adalah kerana ada pelbagai punca ruam pada badan selain campak, apatah lagi dia baru berumur 4 bulan. kebanyakan ruam adalah disebabkan jangkitan virus dan biasanya tidak memerlukan rawatan khusus kecuali jika terdapat komplikasi. ini adalah kerana jangkitan virus biasanya mengambil masa untuk baik sendiri dan penggunaan antibiotik adalah tidak perlu.
Namun seperti saya katakan tadi, ada punca lain selain campak dan jangkitan virus. Sekiranya dia masih demam, mata merah , merengek dan tidak seperti biasa,atau bengkak tangan dan kaki, kurang minum , tolong berjumpa pakar.


Posted

in

by

Tags: