Question: assalamualaikum…
saya ingin bertanya, anak saudara saya berusia 1 tahun 9 bulan. dalam usia begitu dia tidak pandai langsung untuk bercakap walaupun untuk memanggil mama dan papa. apabila kita panggil namanya, ada respon…dia mcm hendak bercakap, tapi seolah2 tidak boleh dan kami dapati lidahnya sering di letakkan di lelangit…adakah ini berkaitan dengan masalah bisu atau lidah pendek? saya sekadar ingin bertanya kerana ingin kepastian sebelum mencadangkan kepada ibu bapanya…
terima kasih…
Answer: Kanak kanak boleh berkata mama papa sekurang-kurangnya pada usia satu tahun. Cadangkan pada ibu bapanya untuk dapatkan surat rujukan ke klinik pakar pediatrik untuk pemeriksaan. Saya tidak dapat menentukan punca tanpa pemeriksaan .