Q: Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
A: Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
- Pastikan anak anda selamat.
- Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
- Jangan hukum anak anda.
- Jangan berikan ganjaran.
- Jika boleh, asingkan anak anda.
- Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)
Comments
70 responses to “Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’”
Salam Dr..sy ingin bertanya…ank sy br 1 tahun tapi sudah pandai mengamuk…die akan mencederakan diri sendiri dengan ddk dan baring kebelakang terus ke lantai apabila keinginan die tidak dipenuhi..sy sgt risau sbb stp kali die mengamok die akan mencederakan kepala die dgn baring ke lantai….sy ddk berjauhan dengan suami..masih mncuba untuk bertukar tapi belom sampi rezki nye.
salam dr, anak sy thn ni berusia 5 tahun, dia sy letakkan di taska sejak berusia 1 tahun stgh. dan mula masuk tadika di tempat yg sama sejak usia 4 tahun. sepanjang usia 4 thn di tadika itu dia pergi ke tadika dgn rela hati tanpa sebarang masalah.bila masuk usia 5 thn sampai sahaja di sekolah dia x mahu masuk kedalam kelas. jika sy tetap tinggalkan dia disitu di akan mengamuk dan memukul kawan sebaya termasuk guru. sy cuba hntr dia sekolah lain tp dia tetap buat benda yg sama. untuk makluman doct di rumah dia xpernah berkelakuan begitu.dia x pernah memukul adiknya yg berusia 3 tahun ketika dirumah.dia juga x mengamuk dirumah jika kemahuan dia tidak sy turuti.mohon doct cadangkan kepada saya pakar yg boleh sy rujuk masalah ini . sy tinggal di taiping.
Puan boleh dapatkan konsultasi dari pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja di hospital Taiping
Salam dr,ank sy berusia 1thn 11bln, sering mengamuk ketika / dlm keadaan tidur. Atau bangun tidur. Sewaktu tidur biasanya pada tgh mlm dan berselang seli dlm 2-3kali. Apa punca anak sy mengamuk sy pun x pasti. Adakah tantarum di waktu siang di bawa hingga ke tidur? Mohon pencerahan dr Dr.terima kasih.perkara ini berlaku semenjak 3bln kebelakangan ini.
Puan,
Saya tidak pasti apa yang puan maksudkan dengan mengamuk dalam konteks anak Puan memandangkan ia berlaku dalam keadaan anak tidak sedar iaitu dalam tidur. Ini adalah kerana ada masalah lain yang mungkin menyerupai tantrum/mengamuk tetapi ia sebenarnya bukan. Antara lain – sawan (ada sesetengah sawan yang kerap berlaku waktu tidur dan waktu mula bangun tidur) atau mimpi buruk atau ngeri (namun ini kejadian anak puan berlaku berselang seli).
Oleh itu, cadangan saya ialah puan mengambil video ketika insiden itu berlaku dan merujuk kepada doktor yang berdekatan. Ini adalah kerana tanpa pemeriksaan dan deskripsi yang tepat tentang masalah anak puan , kami tidak dapat memberi diagnosa dengan tepat.
Assalamualaikum. .anak saya bulan 2 ni genap 2 tahun…lately ni asyk nak menangis, meraung….baju xnak pakai..pakai pampers pun susah. apa yg dia nk kena kita ikot…one day saya ckp turun tangga elok2..nnty jatuh tiba-tiba dia menangis padahal saya ckp elok2 je..then xboleh tersentuh or jatuh sikit menangis sekuat hati.bila dh ngs untuk diamkn dia sy bg susu then dia syp..n u guess what doc she ask me sapa yg ngs td..memang dia pelakon yg hebat..mcm mana nk handle tingkah laku begini ya…bila dh ngs kita pulak yg terasa nk mrh sbb tahu dia saje je ngs.
Salam dr.
Saya nak bertanya, mungkin sedikit lari dari topik.. Anak saya berumur 4 tahun 6 bulan.. Perempuan.. Dia seorang yang aktif, sihat dan ceria. Tetapi bila dia tidur pada waktu malam dia sangat restless.. Dia juga suka menendang dengan kuat dan banyak kali dan akan berlaku hampir setiap malam sehingga 4 hingga 5 cycles.. Saya ada terbaca mengenai restless leg syndrome… Adakah saya perlu risau dan membawa anak untuk pemeriksaan lanjut?
Terima kasih.
Salam Shida,
Shida boleh menulis soalan ini dibahagian “Ask Doktorbudak”. Tq
assalammualaikum dr saye ingin menanya doktor tentang anak perempuan saye umur 4 tahun,di sekolah die baik mendengar kate ,tapi di rumah die sering buat peragai, die suke marah2,menanggis menendang,tidak mendengar kata,degil,tidak takut kena pukul,sering bergaduh dengan sepupu nya,selalu menjawab cakap saye dan datuk dan nenek nye,buat peragai bila keinginan nya tidak dapat,suke buat orang sekeliling nye marah dan tidak suka pada nya,yang saye hairan bile die dah ok,diae akan meminta maaf pada orang yang die buat atau marah,saye tak tahu ape perlu saye buat untuk pulih anak saye dan nak die menjadi anak yang baik,saye dah berpisah dengan papa nye,tapi papanye sering berbual di dalam fon dan berjumpe dengan yg 2 bulan sekali,die berbual dengan papa nye nak tak nak aje,bile jumpe die dan papanye jadi rapat,x seperti saye,bile die duduk dengan saye ,selalu buat hal,die sering kate gila,tak guna,sibuk,bodooh pada saye dan pada orang yang die marah,saye nak tahu,ape perlu saye buat doktor
Anak puan mungkin tidak memahami kenapa puan dan papanya tidak tinggal bersama lagi. Pernahkah puan beritahu dan terangkan kepada anak mengenai perpisahan ibubapanya?
Anak-anak akan berkelakuan buruk jika ada sesuatu di dalam rumahtangga yang tidak stabil/ condusive. Anak mungkin merasa sedih tapi didalam umur sekecil 4 tahun, mereka tidak mempunyai kapasiti untuk ‘bersedih’ seperti orang dewasa. Mereka akan tunjukkan kelakuan yang negatif.
salam dr…anak saya berumur 6 tahun dan selalu mengamuk jika x diikut kemahuannya..kdg2 agak melampau apa yg diminta.. dan sekarang dia sudah mula berckp perkataan yg kurang sopan.. pengaruh tv….di klinik saya boleh buat rujuakn yg mempunyai kaunselor, psikologist atau psychiatrist untuk kanak2 …boleh dr beri panduan….terima kasih
Salam,
Tuan boleh dapatkan bantuan dari mana-mana klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan, atau ke hospital swasta yang mempunyai kepakaran tersebut. Diharapkan info ini dapat membantu. Tq.
As’salam dr.
anak saya berumur 1tahun 8bulan.sejak kebelakangan ini dia kelihatan sgt agresif.anak saya perempuan,kadangkala saya risau membiarkan dia bermain bersama anak2 jiran saya..kerana bimbang anak saya memukul mereka..saya tak pasti kenapa dia begitu kelihatan kasar dan agresif..dia juga sering mengamuk..dan menghentakkan kakinya seperti menendang saya jika saya cuba memeluk dan memujuk nya..dan sering juga menjerit seperti sedang menjerkah kepada saya tapi saya hairan,kenapa hanya dengan saya?tidak dengan suami saya.
Salam Fifie,
Saya sukar memberi pendapat mengenai anak Fifie kerana tidak cukup informasi.
Adakah anak Fifie mempunyai masalah perkembangan?
Assalamualaikum Dr,
Thank you for sharing.
Rasanye semua budak2 ada ‘masalah tantrum’ ni kan? cuma berbeza tahapnya.
Alhamdulillah, saya sendiri sedang belajar sambil mendidik anak2.
Once again doc, thank you
Salam Dr.
Saya buntu memikirkan anak ssaya (1 tahun) yang asyik menangis kerana ditinggalkan seketika seperti ketika saya memasak, mandi dan sbgnya. Dia macam tak nak berpisah walau seminit. akibatnya, penjaga bayi tidak mahu menjaga anak saya lagi.Apakah langkah yang betul bagi menangani masalah ini Dr? Tks
Salam,
Boleh puan agak kenapa agaknya yang dia tak nak berpisah dengan puan? Adakah dia takut, atau sangat memerlukan ’emotional needs’? dan kenapa? Cuba fikirkan sebabnya.
Puan boleh memberitahunya yang Puan nak ke dapur sekejap, & kalau dia perlukan apa-apa, puan akan dengar dia panggil. Boleh juga tinggalkan barang2 puan dengannya, eg tudung, baju etc. sebagai pengganti puan. Beritau anak yang puan akan sentiasa ingat kepadanya, dan kalau anak rindu, apa yang boleh dia lakukan – eg telefon puan, atau cium baju puan.
Menghisap jari adalah habit yang biasa berlaku pada umur yang sebegitu. Ianya menenangkan (comforting & calming) anak. Habit ini selalunya akan hilang dengan sendiri sebelum 7 tahun. Ada pelbagai cara untuk memberhentikan thumbsucking dan ianya satu proses yang akan mengambil masa. Menghalang tanpa memberi aktiviti alternatif bukanlah satu cara yang berkesan.
Cuba cari adakah sebab lain yang menyebabkan tantrum. Dari cerita puan, nampaknya puan telah tahu punca tantrum tersebut,
Dr Halina,
Anak saya berumur 2y7m dan suka mengamuk, menjerit, menangis jika tidak dapat apa yg dia hendak dan dia juga seorang ‘thumb sucker’.kami cuba menghalang dia dari membuat tabiat tersebut tetapi kesudahannya dia akan marah, menjerit, mengamuk, memukul org lain. berikutan dengan itu dia selalu dengan Tantarumnya. adakah kerana tabiatnya yg cuba kami halang menyebabkan dia bertindak sedemikian atau ianya normal?
di sebabkan itu juga, adiknya yg berusia 1y6m turut mengikut perangai Tantarum tersebut cuma berbeza caranya..menjerit, menangis, mengulingkan badan ke atas lantai. bagaimana cara kami untuk mengatasi masalah kedua-dua anak kami?
anak perempuan saya 2tahun,baru-baru ni saya lihat die semakin kuat mengamuk apabila kemahuan die tidak dpt saya penuhi,ini menyebabkan sy tertekan,secara tidak langsung sy memukul die.ayah die pula apabila die mengamuk akan memenuhi kemahuan die.sy rase perangai anak sy semakin menjadi apabila suami sy seperti memanjakan die.saya dah cube memujuk dan memeluk anak sy bile die berada dlm keadaan mengamuk,tapi anak sy masih menjerit2 dan memukul arah sy.sy seperti tak tau nak buat apa.bole dr.bgtahu apa yg perlu saya lakukan dlm stuasi ini.
Hi Ann,
Cara puan dan suami dalam menangani tantrum tidak konsisten dan malah bertentangan (contradicting) antara satu sama lain. Ini menyebabkan anak keliru dan menambahkan lagi kelakuan yang negative. Anak tidak pasti dengan apa respond yang diperolehi jika dia mengamuk.
Saya cadangkan puan & suami berbincang mengenai pendekatan menangani tantrum. Pendekatan yang sama dan konsisten perlu dicapai supaya anak perlu mendapat mesej yang sama dari kedua-dua ibubapa.
Salaam Dr….sya mmpunyai sorng ank berusia 4 thun..skrng dia serinng mengaggap yg dirinya baby…n mnyuruh say n suami mmanggilnye baby…jika kmahuannya x dituruti dia akn mnangis n mngamuk..jika say katakan dia sdah besar dia akn marah nmengamuk..bgaimana nk tnggani masalah ini
Puan,
4 tahun adalah umur yang masih kecil, belum besar lagi 🙂
Cara menangani tantrum adalah seperti artikel yang diatas.
Saya ingin mencadangkan supaya puan & suami menggalakkan anak berasa lebih konfiden dengan memberi banyak pujian diatas apa yang mereka boleh lakukan.
Artikel ini mungkin boleh membantu
http://www.doktorbudak.com/2014/01/12/bully/
Assalamualaikum Dr,
Bagaimana pula dengan anak berusia 6 tahun yang kerap mengamuk tanpa sebab atau atas sebab yang terlalu kecil adakah masih normal? Bagaimana cara untuk menangani anak yang ‘seek negative attention’ yang tidak respon kepada pujukan/ distraction/ lain-lain tetapi hanya akan berhenti mengamuk apabila dimarahi atau dipukul?
Setiap ‘attention’ samada postif atau negatif adalah satu ‘reward’. Elakkan dari memberi ‘reward’ kepada kelakuan yang negatif, kerana ianya akan menyebabkan kelakuan tersebut berkekalan.
Attention yang positif adalah seperti memandang, memujuk atau memberi apa yang dimahukan. Attention yang negatif adalah seperti dimarahi, atau dipukul. Kedua-duanya merupakan ‘reward’ akan akan menambahkan tantrum.
Assalammualaikum..Dr, anak sy lelaki umur 3thn..n kuat sngt mnagis ckp sikit nagis xpukul pun nagis..skg sy tgh prgnt ank ke2 n xlma lg delever kadang bila ank sy buat sesuatu yg xbtl sy tegur n dia akn mngis n bila sy tekankan sedikit nada mrh dia akn menagis dgn nada yg kuat seakan2 mnjukn reaksi ingin mlwn..n sy kadang ble hilang sbr sbb stres dgr dia mngis..
Ibu yang ‘stress’ akan menyebabkan anak yang ‘stress’. Stress atau gangguan emosi pada anak-anak akan diterjemahkan dengan ‘tantrum’. Cuba fahami apa keperluan emosi anak yang belum puan penuhi? Adakah anak perlukan puan bermain dengannya? Atau berbual-bual dengannya Atau anak perlukan perhatian anda? Cuba penuhi keperluan tersebut dan juga pada masa yang sama tangani tantrum seperti di artikel diatas. Semoga dipermudahkan, all the best
Assalamualaikum.Dr, anak saya berumur 3 tahun.Die selalu menangis bila tak dapat apa yang dia nak.Die jugak selalu mengamuk tima makan ubat.Die akan mengamuk tak nak makan ubat. Macammana saya nak tangani masalah ini?
Puan,
artikel ini mungkin boleh membantu
http://www.doktorbudak.com/2014/01/04/difficultmedicine/
[…] Anda boleh baca lanjut tentang TANTRUMS dari sumber asal artikel ini diambil, kredit kepada : Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’. […]
Maaf puan, soalan mengenai ‘apakah makanan yg baik utk mengawal sikap marah-marah itu’ mungkin boleh dibantu oleh mereka yang pakar didalam bidang pemakanan. Ia diluar bidang kepakaran saya.
saya ada seorang anak lelaki dan dua perampuan yang kecil lelaki kenapa sikap anak lelaki saya suka marah dan mengamuk berusia 16 tahun tapi dia baik bila di sekolah tidak ada masalah displin tapi di rumah dia kuat marah apakah makanan yg baik utk mengawal sikap marah-marah itu?
Assalamualaikum….
Anak saya berusia 7 tahun., 2 minggu ni dia x nk pergi sekolah atas alasan kena buli ambik duit (pou). Saya dh settledkn dgn pihak sekolah tp x berkesan malah anak saya lgsg x nk pergi sekolah. sy terlalu strees dgn sikapnyer…. tolonglah saya doktor….
Salam Puan, artikel ini mungkin boleh membantu
http://www.doktorbudak.com/2014/02/19/anak-tak-nak-pergi-sekolah/
salam,doktor,
anak sy,perempuan berumur 3 thn 7 bln..sudah bersekolah.punya masalah mcm ni.berbeza tingkah laku dgn c kakak yg berumur 4 thn 7 bln.dia sering menangis dan membentak..langsung xblh di marah..asik nk kna dgr ckp nya shj.klu dimarah,dilawan & dipukul nya sy.sejak berumur 10 bln hingga 2 thn++ setiap kali keinginan atau bergaduh dgn si kakak.smpi 1 tahap,tiba2 dia collapse,bibir kebiruan, tgn dan kaki mengeras.sy pnh bertanya dgn paedetrik,katanya biarkan sbb klu diikut kemahuannya,mslh akan bertambah teruk.tp klu dibiarkan,takut mslh lain yg timbul.akhirnya,sy berubat dgn seorang ustaz,alhamdulillah tak ada lg pengsan2.tp masalahnya,tetap sama langsung xberubah sikap,selalu marah2 bila keinginan xdipenuhi.menangis smpi muntah2 & bentak2.semua tips2 yg doktor kongsikan termasuk mengasingkan dia telah sy lakukan. seperti mlm td,sy betul2 marah.sy tahankan rsa utk memukul dan kekerasan..tp tetap xblh nk tahan.akhirnya,kna juga.sy buntu la doktor.xtau nk buat mcmana.sy berseorgan menguruskan 3 org ank.suami duduk jauh.kdg2 sgt stress bila hal ini berlaku. ank sulong sy,walaupun blm berumur 5 thn,tp sgt matang.yg kecil,berumur 8 bln.
Salam,
Ibu yang ‘stress’ akan menyebabkan anak-anak juga ‘stress’. Saya ingin mencadangkan supaya puan memohon bantuan suami atau keluarga lain untuk pengurusan anak-anak. Jika emosi kita tidak stabil (marah, kecewa, sedih) – sangatlah sukar untuk kita membantu anak mengawal emosi mereka. Emosi anak yang terganggu, akan diterjemahkan dengan ‘tantrum’.
Salam doc,
anak saya umur 4 tahun baru masuk taska,mula2 menangis,2 hr leps 2 ok,saya selalu ckp sekolah best boleh belajar, bermain, anak saya pun ok suke je,tp bila waktu pagi saya hantar dlm kereta tiba2 dia ckp x nak sekolah,bla Tanya kenapa dia x jwb,cm he doc?
Salam Dr. Kerap kali dinyatakan dalam artikel ini untuk ‘abaikan kelakuan tantrum anak’. Soalan saya, berapa lama (minit) kelakuan ini boleh diabaikan? saya risau kerana jika dibiarkan terlalu lama, akan beri kesan pada emosi anak pula.
Salam Azwin,
Terima kasih diatas soalan Azwin.
Artikel diatas ditulis di dalam konteks dimana anak mengamuk/ tantrum kerana tidak dapat apa yang dimahukan. Bukan mengamuk disebabkan keperluan asas tidak dipenuhi seperti mereka lapar, penat, atau mengantuk.
Tantrum didalam konteks kerana tidak dapat barang yang dimahukan boleh diabaikan selama manapun, dengan syarat pastikan anak didalam keadaan SELAMAT.
Sekiranya anak masih kecil, Azwin boleh memeluk kuat dari belakang untuk menenangkan anak. Tapi jangan memujuk dengan cara memberi perhatian.
Say harap jawapan ini dapat membantu Azwin.
Mungkin juga anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang. Untuk anak yang sudah panda bercakap dan memahami percakapan (3 tahun ke atas). Cuba berkomunikasi dengan mereka hati ke hati. Kalau boleh sewaktu bercakap dengan mereka anda perlu tunduk agar mata anda separas dengan mata mereka. Jangan dipukul, atau jangan hanya memarahi tanpa memberi penjelasan kenapa dia dimarah.
Waktu anak tadi tenang atau gembira, cuba ingatkan mereka kenapa dia buat macam tu. Biasakan memeluk dan mencium pipi atau dahi anak anda. Sentiasa ceritakan kepada mereka tentang pentingnya menjaga hubungan dengan ibu bapa. Kalau anda masih anda ibu dan bapa, jaga juga hubungan anda dengan mereka. (Kadangkala masalah anda membesarkan anak-anak ada kaitand dengan bagaimana anda menjaga hubungan anda dengan ibubapa anda).Dan akhir sekali sentiasa berdoa moga Allah mempermudahkan kita dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.
Anak adalah anugerah, dan anak juga adalah tanggungjawab…
tima kasih atas sharing ni doc..even anak sy bru 6bulan, tp sy akan ingat cara2 menghadapi anak wktu tantrum..in case.. insyaallah..
assalam dr. anak saya berusia 5 tahun. dia sering mengamuk ketika hendak pergi ke taska. setiap pagi dan setiap hari dia akan mengamuk jika saya hendak menghantarnya. bagaimana cara untuk mengatasi dan menggalakkan anak saya untuk pergi sekolah?
Wasalam Noriza,
Saya ada menulis mengenai anak yang menangis atau mengamuk ketika hendak ke taska di link http://doktorbudak.com/2013/12/07/anak-saya-menangis-bila-dihantar-ke-taska/
Harap ianya boleh membantu. Terima kasih.
Sepertinya tantrum ni mcm kena dgn persoalan saya sejak dua menjak ni..ini kerana ank saya yg ke 2 bru berumur 2thn 2bln berkelakuan bgitu mraung2 mnangis meronta2 bila apa yg di minta x diberi xkira sama ada d tempat awam dlm kreta mahu pn di rumah..sblum ni x ada mslah bgitu..brg yg dia nk dia xnk kongsi dgn kkaknya..klau xdiberi atau bli yg dia nk dia akn mngis xhenti2..yg paling susah bila mngis shj msti akn MUNTAH..muntah plak smpai kluar melalui hdung n mulut..kdang2 sbb nk mengelakkan dia muntah saya terpksa turut kmahuan nya..saya pn xtau nk buat mcm mna..boleh doc bg pendpat n nsihat sdikit ttg perkara ni..t.kasih
Salam Puan Nurul,
Beberapa cadangan dari saya:
1. Elakkan tantrum dari berlaku. Berikan lebih perhatian dan pujian semasa beliau berkelakuan baik. Isikan masa anak dengan aktiviti-aktivi yang ‘structured’ untuk mengelakkan beliau merasa bosan.
2. Semasa beliau didalam kelakuan yang baik, cuba terangkan dengan bahasa yang boleh difahami olehnya tentang kelakuannya.
3. Gunakan kaedah ‘distraction’ semasa puan jangkakan tantrum akan berlaku. Berceritalah dengan beliau, lakukan aktiviti kesukaannya seperti menyanyi atau bermain bersama.
4. Kanak-kanak yang berumur 26 bulan (2 tahun 2 bulan) masih belum memahami konsep ‘berkongsi’ mainan (sharing). Konsep ‘sharing’ selalunya bermula pada umur 3- 4 tahun. Jadi, kurang wajar kita mengharapkan anak berkongsi mainan sedang mereka tak tahu lagi apa itu perkongsian.
5. Semasa anak mengamuk, menangis dan muntah, pastikan beliau didalam keadaan yang selamat. Puan boleh peluk dia untuk tenangkannya. Namun, cuba sedaya upaya untuk tidak turuti apa yang dikehendaki.
6. Sekiranya puan menuruti kehendaknya, anak akan melakukan perkara yang sama untuk mendapat apa yang dimahukan dimasa akan datang. Memberi apa sahaja yang anak mahukan akan menyebabkan anak menjadi lebih mendesak (demanding) dan sukar mengawal diri sendiri (self-controlled).
Wallahualam.
Semoga berjaya. All the best!
Saya mempunyai ank 6 thn dn bersklh tadika..wktu nk ke sklh n sampi kesklh dia ok je..mslhnye skrg wktu sy nk blk tinggalkn dia.dia bole nangis..dh 2 thn ttp sama..bole doc bg pendpt n nasihat..trmksh
Salam Salfarena,
Sekiranya beliau menangis hanya seketika, ini tidaklah merisaukan. Puan boleh yakinkan dia yang puan akan sentiasa ingatkan dia. Yakinkan dia yang puan akan mengambilnya semula dari tadika pada jam yang tertentu.
Puan boleh bekalkan barangan puan seperti klip rambut, saputangan dan sebagainya; sebagai ‘wakil’ yang puan sentiasa ada bersama dengannya.
Slm trmksh doc atas nasihat n pandangn.
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini 🙂
Apa pendapat doktor kalau anak yang meragam ini inginkan perhatian & kasih sayang.
Kalau cukup komunikasi (sebelum keluar pergi kedai kita dah beritahu dengan berhemah macam mana code of conduct), cukup belaian, penerangan apa yang boleh dah apa yang tidak, tantrum ini mungkin dapat dikurangkan.
Lebih daripada itu, kanak² pun sama macam kita – ada masa stress, penat, lapar dan ada kehendak (bezanya kita nak gadget, handbag, kasut, anak² nak mainan & junk food!).
Salam Zaza,
Saya setuju dengan penyataan Zaza.
Setiap kelakuan kanak-kanak ada makna di sebaliknya. Setiap kelakuan yang negatif selalunya ada mesej yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Setiap kelakuan adalah hasil dari satu keperluan yang tidak dipenuhi (a need not being met).
Anak-anak yang mengamuk menandakan ada sesuatu keperluan yang tidak dipenuhi contohnya lapar, penat, marah dan sebagainya.
Adalah lebih mudah untuk MENGELAKKAN tantrum dari berlaku dari menangani tantrum SETELAH ianya berlaku. Elakkan tantrum dengan mengetahui apa keperluan asas yang diperlukan seperti perhatian, kasihsayang, makanan, minuman dan sebagainya; dan penuhi keperluan tersebut. Pastikan anak-anak tidak bosan dengan sentiasa memberi perhatian kepada mereka dan pastikan mereka mempunyai aktiviti yang ‘structured’.
Kanak-kanak yang keperluan-keperluan asas mereka telah dipenuhi (seperti yang diatas) selalunya tidak akan melepaskan kemarahan/ kekecewaan dengan cara tantrum.
Terima kasih Zaza!
As salam dr. Bagaimana kiranya hal ini berlanjutan hingga anak itu bersekolah? Adakah hal ini masih blh dikawal atau pun ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini. Untuk pengetahuan dr. anak saya sekarang berumur 8 tahun dan masih berkelakuan seperti itu jika kemahuannya tidak dituruti. Mohon bantuan dari dr.
Terima kasih
Wasalam Suhaila,
Anak yang berumur 8 tahun sudah boleh memahami banyak perkara.
Banyakkan perbualan dan interaksi dengan anak. Luangkan masa sekurang-kurangnya 10-15 minit secara eksklusif (hanya Puan dan dia) dengan anak SETIAP HARI dan berikan tumpuan 100%. Berbual dan dengar apa yang dikatakan. Ini memberi ruang dan peluang untuk anak belajar berbual dan bercerita dan membolehkan puan memahami apa yang dirasai oleh anak.
Fokus dan berikan perhatian kepada kelakuan yang baik. Berikan pujian kepada setiap perkara yang baik yang dilakukan oleh anak.
Puan boleh berbincang atau berbual mengenai kelakuan tantrumnya semasa beliau tenang. Beritau anak betapa risaunya puan mengenai kelakuan itu. Galakkan beliau menggunakan perkataan/ayat untuk menyatakan kemarahan/ kekecewaan, daripada mengamuk. Ajarkan cara-cara menangani kemarahan dengan positif (anger management).
InsyAllah saya akan cuba menulis artikel mengenai ‘anger management’ untuk kanak-kanak di masa yang terdekat ini.
SAya mempunyai ank umur 6 thn wktu nk ke sklh n smpi sklh dia ok je..tp mslhnye msa sy nk blk dia nangis lk..bole bg skt nasihat atau pendpt x trmksh
Salam Doc,
Anak sy berusia 2thn 8bln yg kerap mengamuk. Saya dh praktikkan tips yg doc bg tetapi gagal. Malah ank sy akan jd lbh agreasif. Kadang-kala sehingga muntah. Bg mn sy dpt atasi masalah ini. Sekian.
Wasalam Ayus,
Saya mohon Ayus rujuk kepada jawapan saya kepada Puan Nurul seperti yang dibawah. Kerana masalah Puan Nurul sama seperti masalah Ayus.
Tq
salam doc….sy nak tanya, saya ada sepasang anak berumur 2 tahun 9 bulan dan adiknya 1 tahun sebulan…jarak keduanya mmg agak rapat….yang sulong berumur 10 bulan sy pregnant adiknya….masalah anak sulong saya dia kerap buli adiknya….suka lempang, cubit dan kdg2 pijak2 kaki adik….kdg2 mmg dia mmg buat dpn2 sy dan bila sy marah @ larang, dia boleh buat2 xtau jer….mmg hilang sbr kdg2…dan secara tidak langsung…sy akan memukulnya…tp sebagai seorang ibu mmg rasa sgt2 sedih bila pukul anak saya…..bagaimana utk sy handle masalah ni doctor?
Salam Wizi,
Artikel mengenai jawapan kepada masalah ini akan dikeluarkan tak lama lagi. Diharapkan ianya dapat membantu
Thanks for sharing doc! anak saya yg eldest dulu masa umur 2-3 thn suka sgt mengamok, kadang2 rasa nak menangis bila dia tak henti menangis/menjerit sampai satu tahap saya akan memukul dia selepas tu sya akan rasa menyesal sgt, he’s only a kid & now he’s already 4 thn kurang skit mengamok dia & now jangkit kat adik dia yg skang umur 2 thn…eheh & thanks to you doc for sharing the tips & i think i know how to handle his adik :))
Assalamualaikum Dr. Adik sy telah berumur 10 tahun tapi masih lagi dengan sikap tantrumnya. Dia juga sangat pemarah dan dia (dan kami sekeluarga) tak tahu bagaimana mahu mengawal kemarahannya. When she’s angry, she will throw things and become outspoken without thinking of any consequences that might happen. It became annoying. Tapi bila dia dah ok & tenang, dia akan minta maaf (konon2 menyesal). It happens almost everyday. Please Dr.. give me any suggestion to handle her.
Wasalam Alia,
Mula-mula kita kena pastikan apakah sebab-sebab (triggering factors) yang akan menyebabkan adik mengamuk. Masa yang paling sesuai untuk memahami perasaan beliau adalah semasa dia tenang/ minta maaf. Beri ruang dan peluang untuk beliau menjelaskan perasaannya. Dia juga mesti tidak suka dengan perasaan & kelakuan yang sebegitu.
Ada pelbagai cara yang sesuai untuk mengatasi kemarahan (Anger Management) yang bersesuaian dengan umur adik. Agak panjang untuk di tulis disini. InsyAllah saya akan cuba menulis artikel mengenai ‘anger management’ untuk kanak-kanak di masa yang terdekat ini.
salam doc, anak saya 7 tahun & 2 tahun pun sama jugak..tapi 7 tahun dah ok sikit..yg 2 tahun paling teruk..masalah bila saya buat ta tahu dia akan pukul @ tendang2 org disekeliling termasuk saya, kakak @ baba dia…sakit..kadang2 tak tahan jugak..sampai xtau nak buat apa 🙁
salam dr..
saya mempunyai dua org anak lelaki yg beruysia 2 thn n 4 thn..apa yg saya dapati dari maklumat dr tentang tantrum atau sikap anak yg suka mengamuk tu adalah dalam kalangan kanak2 yg berumur 2 thn…..kalau kanak2 4 thn yg suka mengamuk cm tu…adakah boleh diatasi lg..
Salam Puan Azwa,
Kanak-kanak yang berumur 4 tahun boleh dan perlu dibantu.
Anak yang berumur 4 tahun mempunyai skil percakapan dengan lebih baik. Gunakan skil ini, galakkan beliau menggunakan perkataan untuk menyatakan perasaannya, seperti ‘saya marah’. Atau puan juga boleh menyatakan perasaan itu kepadanya ‘abang mesti rasa marah sekarang kan’.
Setelah beliau kembali tenang, pastikan puan berbincang mengenai kelakuan beliau. Ini adalah proses yang penting.
Great article Doc !!
Salam doktor..apa maksud doktor dgn pernyataan ini.?
“Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.”
Perlukan bantuan yang bagaimana doktor?
Saya mempunyai seorang anak yang berusia 4 tahun yang kerap tantrum terutama jika hasratnya tidak dipenuhi..saya membuat apa yang telah dicadangkan oleh doktor seperti di atas,namun tantrum kerap juga terjadi..apa yang perlu saya lakukan?kadangkala ia menyebabkan saya stress dan merasakan gagal menjadi ibu yang baik kepada anak saya..
Kadangkala bila balik ke kampung,jika saya tidak mengikuti apa yg dimahukan,datok dan neneknya akan menunaikan apa yg diminta..adakah itu juga menjadi punca tantrumnya berterusan?
saya perlukan nasihat dari doktor..terima kasih..
assalam doktor.. sy jg ingin tahu bantuan bagaimana yg doktor maksudkn.. t.ksh..
Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan dari professional seperti kaunselor, psikologist atau psychiatrist, khususnya mereka yang membantu golongan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh dibantu dengan mengajar mereka dan ibubapa cara menangani emosi yang negatif dengan lebih berkesan.
Saya ucapkan tahniah kerana puan telah mempraktikkan cara menangani tantrum. Walaubagaimanapun, untuk mengatasi tantrum memerlukan masa yang berterusan (ongoing) dan teknik yang konsisten dari semua orang dewasa yang terlibat, termasuklah datuk dan nenek. Saya cadangkan Puan cuba berbincang dengan datuk/nenek supaya sama-sama membantu anak dengan cara konsisten.
Semoga berjaya.
Salam Dr,
Anak saya berumur 2 thn 4 bl dan selalu mengamuk bila ditegur atau tidak diberi apa yg dia minta..sy dah cuba ckp baik2 ngan dia..dan cuba ikut apa yg Dr sarankan tp bila sy biarkan dia bertenang dia lagi bersikap agresif hingga menghentak2 kepala ke dinding atau lantai..sy takut kesan hentakan pada kepala dia..tuk elakkan semua tu berlaku tiap kali dia merajuk atau mengamuk sy akan cepat2 pujuk dan beri apa yg dia mahu..Untuk pengetahuan Dr dia mulai berperangai sebegini semenjak sy bersalinkan adik dia yg kini berumur 5 bln.
Wasalam Puan Nieyna,
‘Ignoring’ atau abaikan hanya boleh dilakukan dengan syarat anak didalam keadaan yang SELAMAT. Sekiranya anak mula mencederakan diri sendiri, puan boleh memeluk anak dari belakang untuk menenangkannya.
Nieyna juga boleh rujuk kepada jawapan saya kepada Puan Nurul seperti yang dibawah.
Setiap kelakuan kanak-kanak ada makna di sebaliknya. Setiap kelakuan yang negatif selalunya ada mesej yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Setiap kelakuan adalah hasil dari satu keperluan yang tidak dipenuhi (a need not being met). Adakah perhatian kepada anak ini berkurang semenjak adiknya dilahirkan?
Tidak ramai anak yang tantrum sehingga menghentakkan kepala ke dinding, Sekiranya ini berlarutan, saya cadang Nieyna membawa anak untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.