Question: Hai doktor. Bayi saya berumur 3 bulan. Dia kelihatan sihat. Cuma saya bimbang tentang 1 perkara. Kepalanya tidak bulat sekata di mana bahagian sebelah kanan kepala leper. Ini membuatkan bayi saya sering tertoleh ke kanan bila baring. Malah bila berdiri juga kepalanya akan tertoleh ke kanan. Bukan itu sahaja malah kepalanya sering senget ke kanan ketika diangkat. Seolah-olah berat sebelah. Adakah ini normal bagi bayi?
Answer: Kebanyakan masa masaalah bayi yang leper di bahagian kepala adalah tidak merbahaya dan adalah dipanggil “plagiocephaly”. “Plagiocephaly” adalah dari bahasa Greek -:“Plagio” bermaksud songsang dan “cephaly” bermaksud kepala – contohnya adalah seperti gambarajah di bawah.
Plagiocephaly adalah disebabkan posisi bayi semasa membesar di dalam rahim atau jikalau berlaku selepas lahir adalah disebabkan oleh bayi yang suka tidur lebih ke bahagian kiri atau kanan. Keadaan ini adalah untuk sementara sahaja dan kebanyakan masa akan semakin hilang bila bayi membesar. Ada segelintir bayi yang masih lagi ada kepala leper bila besar tetapi tidak ketara.
Untuk memahami dengan lebih lanjut – dibawah adalah gambar yang menunjukkan kepala bayi yang baru lahir terdiri dari beberapa tulang. Tulang bayi semasa lahir tidak bercantum dan adalah lembut. Ini menyebabkan tulang senang untuk mengikut bentuk tekanan dari luar dan kebiasaanya memberi bentuk kepala bayi leper di bahagian belakang. Kebanyakan ini adalah disebabkan oleh posisi tidur bayi yang disyorkan iaitu tidurkan bayi di bahagian belakang @ ‘back to sleep’ .
Adakalanya keadaan ini dikelirukan dengan “craniosynostosis” iaitu keadaan dimana tulang bayi bercantum terlalu awal. Keadaan ini merbahaya dan memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Encik juga risau bahawa anak encik suka pandang kiri dan salah satu keadaan yang kerap di kalangan bayi adalah “sternocleidomastoid tumour” – dimana ianya disebabkan oleh otot di leher yang besar. “Sternocleidomastoid tumour” juga adalah keadaan yang tidak merbahaya tetapi memerlukan ultrasound scan dan juga fisioterapy
Plagiocephaly tidak akan menyebabkan perkembangan yang lambat dan tidak akan memberi apa-apa kesan ke otak.
Rawatan untuk plagiocephaly adalah fisioterapy. Ada cadangan untuk topi atau tilam khas untuk keadaan ini – tetapi Royal College of Paediatrics tidak menggalakkan kedua-dua kaedah ini.
Namun demikian saya mengesyorkan encik berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti jika masaalah lain yang lebih membimbangkan seperti sternocleidomastod tumour, craniosynostosis atau keadaan lain.