[Q&A] Masalah demam

Question: Salam..anak saya berumur 8 bln..mula-mula dia demam 2 hari dan muntah bila makan ubat demam dan susu formula.kmudian cirit birit sehingga kini sudah hari keempat.kami bg garam dehidrasi.makan dan minum spt biasa tiada masalah,suhu badan paling tinggi 37.7 c.saya nk tanya DR ada ke kemungkinan anak saya dijangkiti rotavirus?boleh lagi ke kalau ambil suntikan vaksin rotavirus?apa tindakan yang boleh diambil dirumah..saya sudah bawa ke klinik semasa mula2 demam dan DR beri ubat demam sahaja..mohon bantuan..

Answer: Rotavirus adalah penyebab utama cirit birit di kalangan kanak kanak < 5 tahun . Rotavirus vaksin hanya diberikan dari umur 2- 6 bulan dan tidak diberi selepas umur 8 bulan. Puan telah membuat tindakan yang tepat dengan memberi ORS ( Oral rehydration salt). Ini kerana apabila bayi muntah dan cirit birit , dia bukan sahaja kehilangan air tetapi garam galian juga .Sekiranya demam sudah surut , bayi aktif dan boleh minum dan makan seperti biasa maka ini bermakna dia beransur pulih dari jangkitan tersebut. Dalam keadaan seperti ini, kebiasaannya jangkitan tersebut disebabkan oleh virus, maka tiada antibiotik diberikan tetapi hanya ubat demam dan ORS. Amalkan 'hand hygiene' dengan sentiasa memcuci tangan agar jangkitan tersebut tidak berjangkit kepada orang lain setelah puan mengendalikan anak.


Posted

in

by

Tags: