[Q&A] Masalah tentang paru-paru berkuman

Question: Salam doc,
Ank sy berumur 1thn 4bln baru sahaja seminggu discharge dr GH Klang (3hr admitted 21 ~ 23/10/13) kerana demam melebihi 3hr. Selepas ujian diambil seperti sample darah n xray doc dapati ank sy di jangkiti paru-paru berkuman…
soalan sy adakah normal selepas 1 minggu ank sy dibenarkn keluar dr wad ank sy demam semula sedangkan semasa didlm wad dia diberi antiboitik n semasa dibenarkan pulang kerumah juga pihak hospital telah membekalkan antibiotik n sy beri mengikut sukatan yg diajar selama seminggu tetapi selepas habis antibiotik ank sy demam lg…Apakah tindakan yg perlu sy buat untuk mengelakkan ank sy demam semula.. Bolehkah pihak doktor budak mengeluarkn article mengenai paru-paru berkuman

Answer: Memandangkan anak baru sahaja disahkan dijangkiti pneumonia, puan berlu berjaga jaga dalam memantau keadaan anak . Sekiranya demam yang rendah , selsema dan masih aktif seperti biasa, kemungkinan jangkitan virus yang dijangkiti dari luar . Jangkitan penumonia bermaksud jangkitan pada paru paru oleh kuman tertentu. namun dalam persekitaran terdapat banyak kuman kuman lain yang boleh menjangkiti kita. Walaupun begitu , perlu dipastikan sekira keadaan anak tidak begitu baik seperti lemah , batuk yang teruk , sukar nafas , nafas laju maka perlu ke hospital semula untuk memastikan rawatan antibiotik yang diambil mencukupi atau tidak. Saya beranggapan dalam tempoh seminggu dia di rumah dia memang sudah sihat sepenuhnya kerana jika sejak keluar dari rumah dalam tempoh seminggu pun dia tidak sihat sebenarnya , maka perlu ke hospital ya.


Posted

in

by

Tags: