Question: hai doctor..
anak saya berusia 4 bulan dan dia minum susu formula dan ketika malam akan direct breastfeed. kini dia mengalami cirit birit..pada hari pertama..najis dia berwarna kuning dan berbiji…lama kelamaan menjadi warna hijau, berlendir dan ada sedikit darah..saya telah membawa bayi saya ke klinik dan mereka memberikan smecta kepada saya…cirit birit telah berlaku selama 2 hari dan kekerapan cirit birit itu mejadi kurang tetapi najis masih berwarna hijau,lendir dan sedikit darah..adakah saya perlu membawa bayi saya ke hospital untuk menjalani rawatan susulan? need ur advice doc…tq
Answer: sekiranya najis berdarah perlu bawa ke hospital untuk memastikan pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Adakala najis berdarah boleh membawa komplikasi yang merbahaya maka elok jika dipastikan memandangkan simptom tersebut masih ada. Dalam sesetengah keadaan, ini bermakna jangkitan usus oleh kuman bakteria berlaku tetapi adakala ia juga adalah simptom untuk penyakit intussusception iaitu di mana bahagian usus terlipat ke dalam seperti ‘teleskop’.