[Q&A] Masalah G6PD

Question: Hello doc… Ank lelaki saya 1y 2mnth… Disahkan g6pd deficiency sejak lahir… Boleh ke ank saya makan sayur kacang buncis or kacang panjang? Air soya bean pun bole ke?

Answer: Adakah Puan diberi penerangan tentang G6PD def dan perkara yang perlu dielakkan ? Kebiasaannya , ibu bapa diberi senarai makanan/ubat yang perlu dielakkan dalam anak yang menghidapi G6PD def ini.
Secara asasnya , kacang yang perlu dielakkan adalah kacang parang namun kacang soya , buncis dan sebagainya didapati mencetus masalah pecah darah pada penghidap G6PD namun secara perlahan . Oleh itu , simptom seperti pucat dan air kencing gelap tidak kelihatan namun dalam jangkamasa panjang ia boleh membawa mudarat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Masalah G6PD”

  1. G6PDDmom Avatar
    G6PDDmom

    Doktor,
    Bagaimana dengan susu formula dan susu tepung? Adakah selamat untuk anak G6PD def? Kerana didapati kebanyakannya mengandungi lecithin soya. Terima kasih.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Elakkan susu formula yang mengandungi soya untuk pengidap G6PD deficiency.