Question: hi doctors,
anak saya dah 2 kali terkena sawan tarik disebabkan deman panas yg melampau..mencecah 39 ‘c plus..first tyme kena masa umo 8bln then 1y9mo baru2 ni terkena lagi…tapi sekarang anak saya aktif macam selalu. cuma saya risau akan kesan nya. soalan saya:
1. Apakah tindakan segera yg patut sy ambil sebelum dan semasa anak jd sawan tarik?
2. Apakah effects jika selalu jadi mcm tu?
Thanks in advance.. :))
Answer: sawan demam atau febrile fits sebenarnya terjadi akibat suhu badan yang naik secara tiba tiba. Ia berlaku kebiasaannya pada kanak2 berumur dlm lingkungan 6 bulan hingga 6 tahun. Pastikan anak diberi ubat demam mengikut sukatan yang betul setiap 6 jam apabila tanda tanda demam mula ada. Apabila ada sawan, letakkan anak dlm posisii mengiring sebelah kiri. Jgn masuk apa apa dlm mulut dan jangan cuba memeluk atau mendakap anak untuk menghentikannya. Apa yg penting untuk dilakukan ialah jangan panik. Sekiranya melebihi 5 minit bawa ke klinik berhampiran kerana kajian menunjukkan sawan yg melebihi 5 minit jarang berhenti sendiri tanpa bantuan ubat. Biasanya selepas sawan kanak2 akan mamai dan tidur. Apabila bangun dia aktif seperti biasa. Tips ini hanya untuk kanak2 yg pernah mengalami sawan demam sahaja kerana sawan juga boleh disebabkan oleh perkara2 lain.Tiada kerosakan otak berlaku dan ia juga tidak menjejaskan tumbesaran kanak kanak secara amnya. Mungkin nanti kami akan menyiarkan artikel secara detail pd masa akan datang ye.