Question: Doctors, saya ada kemusykilan perihal anak saya. Dia berumur 10 bulan dan fully breastfeed. Tetapi sejak dalam 3 hari ini, anak saya asyik cirit dan agak cair. Najis berwarna kuning kehijauan..selalu nya saya perasan even kalau dia kentut pun, boleh terus keluar najis sekali.
Persoalannya, anak saya tidak demam, tidak muntah dan masih berselera makan. Jadi saya masih tidak membawa nya ke klinik berjumpa doktor lg. Kekerapan dia cirit adalah dalam 3-4 kali sehari. Adakah ia normal?
Dan juga saya perasan yang anak saya sedang ligat nak berjalan sendiri. Saya kurang pasti ini ada kena mengena dengan cirit yang masih terjadi ini. Mohon penjelasan doktor.
Answer: Penyebab utama berlaku cirit birit adalah jangkitan pada salur pemakanan yang disebabkan oleh virus, bakteria ataupun toksin.
Simptom-simptomnya adalah muntah beserta cirit birit ataupun cirit birit sahaja tanpa muntah. Demam juga boleh menjadi symptom utama dan diakibatkan oleh jangkitan ataupun nyahhidratan (dehydration). Simptom yang ada bertujuan untuk menyingkirkan jangkitan jadi rawatan yg diberi kepada anak-anak bertujuan untuk meredakan simptom (supportive).
Dalam banyak keadaan ubat-ubatan tidak diperlukan. Kebiasaannya muntah akan berhenti kurang dari 12 jam selepas tanda-tanda penyakit bermula, sebaik sahaja muntah berhenti cirit birit akan berlaku. Jumlah kehilangan air dan garam-galian dari badan amat penting digantikan dengan kadar seimbang oleh oral rehydration salt atau pun susu jika masih menyusu.
Untuk meredakan simptom cirit hanya Smecta yang mempunyai peranan. Ubat tahan muntah baik oral atau suppository selalunya tiada fungsi sama sekali. Seandainya anak puan tidak aktif , enggan makan dan minum seperti biasa puan hendaklah membawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.Najis yg cair tidak normal dan tiada kena mengena dgn tumbesaran / perkembangan bayi. Cirit birit biasa disebabkan oleh virus dan berlainan dlm setiap individu. Ada yg demam dan muntah dan ada yg sebaliknya.