Question: Salam Dr. Saya nak bertanya tentang penggunaan inhaler di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa tidak mahu anak mereka menggunakan inhaler di awal usia kerana takut anak terlalu depend dgn inhaler & terpaksa gunakannya sampai ke tua. Sebenarnya dlm keadaan bagaimana & usia berapa asma akan hilang dgn sendirinya? Sebab ada beberapa anak org sahabat saya mendapat asma dan tidak menggunakan inhaler dan bila membesar asma itu hilang.
Answer: tidak semua kanak-kanak akan hilang asthmanya apabila besar. Berhati-hati menerima pandangan orang kerana mereka hanya berpengalaman dengan beberapa orang kanak-kanak sahaja yang kebetulan makin baik. Inhaler tidak menyebabkan ketagihan langsung. Tiada doktor yang memberi inhaler untuk digunakan selamanya malah ia diberi berdasarkan keperluan. Ada kanak-kanak yang menghidap asthma tapi hanya digunakan inhaler bila perlu dan ada yang terpaksa digunakan setiap hari dan mempunyai fungsi yang berbeza . Ada artikel mengenai asthma yang ditulis oled dr faisal, mengapa anak saya selalu batuk malam. Mungkin nanti kami akan mengeluarkan artikel yang lebih terperinci mengenai ini.