[Q&A] Masalah congenital rubella syndrom

Question: Doktor, anak saya berusia 2 bulan 14 hari. dia didiagnos dengan “congenital rubella syndrom”. Dia telah menjalani pemeriksaan mata,telinga,jantung dan semuanya normal. Tetapi yang merisaukan saya dia masih lagi tidak senyum dan matanya tidak fokus dan kerap termenung. Adakah ini tanda anak saya mengalami partumbuhan yang lambat atau autism?

Answer: Saya pasti anak dipantau oleh doktor pakar kanak-kanak di klinik pediatrik. Semua bayi yangmengidap congenital rubella syndrome perlu menjalani pemeriksaan mata. Ini kerana mereka berisiko untuk mendapat masalah dengan penglihatan. Mereka juga berisiko untuk menngalami perkembangan yang lewat . Biasanya baby mula senyum dan fokus pada pada usia 6 minggu. Tapi ini tiada kena mengena dengan autism. Sebaiknya , puan berbincang dengan pakar pediatrik yang merawat .


Posted

in

by

Tags: