Question: Doktor, anak saya umur 11 bulan. dia kena cirit birit. najis tu berlendir dan cair warna kuning. tapi anak saya aktif, tidak dehydrated dan mahu minum susu dan makan banyak seperti biasa. dia cirit dalam kuantiti sikit 7-8 kali sehari. Ni dah hari kelima. Saya ada bawa jumpa doktor tapi doktor cakap selagi dia masih dalam keadaan baik, tak perlu beri apa2 ubat. cuma beri ORS setiap kali selepas dia cirit. Ni dah hari kelima, tapi semakin kurang la kekerapan cirit dia tu. 5-6 kali sekarang. Soalan saya ialah,
1) biasanya berapa lama cirit birit ni akan stop?
2)Betul ke x perlu bagi ubat dan hanya perlu beri dia lebih banyak air?
3) Adakah pemberian Probiotic boleh membantu?
Answer: Berapa lama kanak2 mengalami cirit birit bergantung kepada individu dan kuman yg menjangkitkan usus tp biasanya mengambil masa 3 hari sehingga satu minggu. Sekiranya kekerapan cirit birit berkurangan dan najis semakin tidak cair, tandanya ia akan pulih tak lama lagi. Kebykan masa jangkitan tersebut adalah virus dan ubat tidak diperlukan melainkan ada darah pd najis dan demam yg tinggi. ORS yg dibancuh dgn air untuk menggantikan garam galian yg biasanya hilang dalam najis. Penggunaan probiotik sekiranya digunakan dlm peringkat awal jangkitan dpt mengurangkan kadar masa masalah jangkitan usus sehari lebih awal dari sepatutnya pulih.