[Q&A] Adakan pengambilan antibiotic yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan sampingan?

Question: As-Salam / Hai Doc..
Anak saya berusia 2 tahun.. sejak umurnya 1 tahun doc mengesahkan dia ada masalah tonsil kerana sangat kerap demam (setiap bulan dan adakalanya selang seminggu) dan setiap kali demam suhunya sangat tinggi 39 above..hanya pengambilan antibiotic sahaja yang boleh mengurangkan demamnya. Adakan pengambilan antibiotic yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan sampingan? Boleh doctor terangkan lebih lanjut tentang masalah tonsil dikalangan kanak-kanak. Untuk pengetahuan doctor anak saya juga ada masalah alahan susu lembu dan hanya minum susu berasaskan soya. Doctor saya pernah menyarankan supaya saya menukar susu kerana mungkin susu tersebut panas dan menyebabkan tonsilnya selalu membengkak. Masalahnya anak saya tak boleh menerima susu lain selain dari susu soya.. Dah banyak kali saya cuba tukar kpd susu lain tapi dia menolak dan sanggup tidak menyusu satu hari kerana rasa lain. Harap doctor dapat membantu.. Terima kasih.

Answer: Dapatkan rawatan dari pakar memandangkan masalah ini kerap berulang. Adakala antibiotik tidak diperlukan kerana ada jangkitan berpunca dari virus. Tetapi, dalam hal ini , pemeriksaan perlu dilakukan kerana tidak semua demam , batuk dan sakit tekak adalah jangkitan tonsil. Kanak kanak kerap mendapat batuk selsema dan kerap juga diberi diagnosis tonsillitis walaupun adakala ia mungkin bukan diagnosis yang tepat .

Tidak, susu soya tidak menyebabkan jangkitan tonsils dan untuk pengetahuan puan , tonsils dalam kanak kanak memang agak besar dan makin mengecil apabila membesar .JANGKITAN tonsils ialah apabila ia membengkak, merah dan radang . Dapatkan surat rujukan berjumpa pakar.


Posted

in

by

Tags: