Question: Salam Doc,
Saya tengah rungsing tentang anak saya yg berumur 17 bulan sekarang. Semasa umur anak saya 13 bulan pernah admitted Pediatrik Hospital Serdang kerana pneumonia dan diagnosis anemia. Doctor ada mengambil sample darah untuk buat FBP test. Pada 21/8/2013 result FBP telah dapat dan anak saya disahkan mengidapi talasemia & doctor amik sample darah lagi untuk DNA Analysis. maybe around bulan october akan tahu result DNA Analysis tersebut.
Apakah langkah atau rawatan yang saya boleh buat demi kesihatan anak saya?
Answer: Untuk pengesahan , Hb analysis dan DNA analysis. Untuk anak mengidap Thalassaemia, kedua ibu bapa mesti lah pembawa untuk penyakit tersebut . Ada punca lain untuk Hb rendah spt kurang zat, jangkitan kuman dan sebagainya. Maka saranan saya , berbincang dengan doktor yang merawat apabila mendapat keputusan ujian nanti