[Q&A] Masalah selsema

Question: Salam Doktor.
Anak saya sering kena selsema dan batuk setiap kali ke nursery dan sukar untuk sembuh. Bila dah sembuh, jangkit semula. Sejak umur 7 bulan sampai sekarang 1 tahun.
Setiap kali selsema dan batuk, saya akan bawa anak berjumpa paed. Antara ubat yang sering saya terima adalah:
– Singulair 4mg (alternate days)
– Aerius syrup 0.5ml
– Rhinathiol Syrup
Jadi soalan saya,
1) Adakah normal untuk anak yang ke nursery untuk mendapat selsema dan batuk?
2) Perlukah saya membawa anak saya berjumpa paed setiap kali dia selsema dan batuk? (Sebab ramai yang cakap tak perlu, tunggu baik sendiri.)
3) Adakah ubat (3 jenis yang di atas) yang sering saya dapat itu selamat?
Info tambahan.
– Anak saya pernah kena ear infection di sebabkan selsema yang berlarutan dan nose blocked.

Answer: 1) Ya, sangat biasa. Ini kerana jangkitan virus untuk batuk selesema senang berjangkit dan disebarkan melalui udara. Kanak kanak paling kerap mengalaminya maka berada di nursery di mana ada ramai kanak kanak meningkat risiko jangkitan virus
2) Tidak perlu. Kebanyakkan jangkitan tersebut adalah disebabkan virus yang tidak memerlukan rawatan dan akan baik dalam beberapa hari. Namun perlu ingat , sekiranya demam tinggi, sukar bernafas atau nafas laju, kurang makan , nafas berbunyi dan lemah , maka perlulah bawa untuk pemeriksaan.
3) Ubat singulair dan Aerius selamat. Saya tidak menggunakan Rhinathiol syrup untuk kanak kanak kurang 2 tahun kerana indikasi ubat tersebut untuk 2 tahun ke atas.


Posted

in

by

Tags: