[Q&A] Apakah penyebab kelenjar di bawah telinga anak saya membesar

Question: dear dr,
my daughter 16 mo. persoalan saya di sini ialah,ade biji kelenjar di bawah telinga berhampiran tulang rahang nya. biji tersebut agak besar dan anak saya sihat shj. apakah penyebab kelenjar tersebut membesar kerana setahu saya biji kelenjar tersebut akan membesar sekiranya terdapat infection. mohon pencerahan.TQ!

Answer: ada pelbagai sebab mengapa kelenjar membengkak dan salah satu darinya adalah jangkitan kuman kepada tekak, telinga, mulut atau hidung. Ia selalunya memakan masa untuk hilang walaupun infeksi asal sudah baik. Sekiranya kelenjar semakin membesar dan sakit , sila berjumpa doktor.


Posted

in

by

Tags: