[Q&A] Saya noticed mata sebelah kiri anak saya kecil sedikit dari mata yang sebelah kanan and mata kiri dia mengeluarkan tahi mata yang kerap

Question: Hai doc
anak saya baru berumur 2 months..after 2 weeks dia lahir I noticed mata sebelah kiri dia kecil sedikit dari mata yang sebelah kanan and mata kiri dia mengeluarkan tahi mata yang kerap…mohon pandangan dari doc, adakah saya perlu membawa anak saya pergi ke pakar mata dan adakah perkara ini memerlukan pembedahan.?

Answer: Hi Pn Shamira,
Jika mata anak anda berair dan terdapat banyak tahi mata, ada kemungkinan anak mengalami salur air mata tersumbat. Ini adalah masalah yang sering dilihat di kalangan bayi, dan jika berlarutan boleh membawa kepada jangkitan kuman pada selaput mata.
Sekiranya mata sebelah kiri lebih kecil berbanding mata kanan, Shamira perlu membawa anak untuk pemeriksaan oleh doktor mata. Mungkin anak mengalami masalah ‘microphthalmia’.
‘Microphthalmia’ bermaksud ‘mata kecil’. Kadangkala masalah ini disebabkan jangkitan kuman sewaktu bayi dalam rahim, dan boleh mengakibatkan masalah penglihatan. Doktor yang memeriksa bayi akan menasihati Pn Shamira sekiranya bayi memerlukan apa-apa ujian atau rawatan lanjut.


Posted

in

by

Tags: