[Q&A] Masalah demam

Question: Anak sy berumur 9 bulan. Boleh dikatakan dua minggu sekali tak sihat kadang demam kadang selesema tapi dia tetap aktif. Makan pun alhamdulilah selera juga.
Setiap kali demam sy akan bawa dia jumpe Dr dan Dr kata ini tak berapa baik untuk baby. Kalau 2 atau 3 bln sekali demam adalah normal. Sy perlukan nasihat dari Dr mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan Dr anak sy tidak dihantar ke nursery.

Answer: Demam 2 kali sebulan adalah kerap.Walaupun tidak ke nursery tetapi jika ada adik beradik lain yang ke sekolah dan mungkin mendapat jangkitan batuk selesema, ini boleh berjangkit. Sekiranya seleranya baik dan tumbesarannya memuaskan tidak perlu risau melainkan demamnya kerap tiada punca jelas spt batuk atau selsema dan mengambil masa lama untuk baik. Elok jumpa pakar.


Posted

in

by

Tags: