Bayi saya pra-matang (premature)

kate evelyn pontius

Q:  Hello doc, baby saya premature baby (35 weeks), Sekarang 8 bln baru boleh meniarap. Saya faham yang baby pra matang akan mengalami delay dr segi perkembangan. Bagaimana saya boleh bantu anak saya utk duduk tanpa sokongan dan proses tumbesaran seterusnya. Sekian, terima kasih. ( Azrina )

A:  Assalamualaikum Puan Azrina, saya memohon seribu kemaafan sekiranya jawapan saya tidak memuaskan hati puan, maklumat yang puan berikan adalah amat terhad untuk saya menjangka punca kelewatan perkembangan anak puan.

Walaupun prematurity sering dikaitkan dengan kelewatan perkembangan akan tetapi anak puan lahir pada umur kandungan agak selamat dari sudut clinical (borderline prematurity) iaitu 34- 36 minggu kerana kebanyakan organ sudah menghampiri kematangan akan tetapi banyak faktor boleh menyumbang kepada kelembapan perkembangan anak. Kita perlu melihat dari sejarah kandungan itu sendiri, adakah ia merupakan kandungan yg berisiko terhadap bayi seperti darah tinggi (pregnancy induced hypertension) yg tidak terkawal, diabetes semasa mengandung (gestational diabetes mellitus) atau sebarang jangkitan semasa 9 bulan kandungan.

Sebarang masalah semasa mengandung boleh menyebabkan tumbesaran organ utama seperti otak terjejas. Kemudian kita juga perlu mengetahui proses kelahiran itu sendiri samada ia adalah proses yg normal atau sebaliknya kerana sebarang komplikasi semasa proses kelahiran boleh menyebabkan masalah terhadap perkembangan bayi. Sekiranya bayi yang lahir tanpa masalah yg berkaitan dengan kandungan atau kelahiran, faktor-faktor selepas kelahiran juga boleh menyumbang kepada kelewatan perkembangan seperti masalah kekurangan gula di otak (hypoglycemia) atau nutrisi-nutrisi yang selainnya.

Secara amnya perkembangan bayi di nilai dari 4 aspek iaitu gerakan otot kasar (gross motor), gerakan otot halus (fine motor),pertuturan dan interaksi sosial (penglihatan dan pendengaran). Semua kanak-kanak akan dinilai dari semua aspek yang telah di sebutkan untuk mendapatkan gambaran kemungkinan kelewatan perkembangan kanak-kanak ini, akan tetapi segala kemungkinan boleh berlaku untuk menyebabkan kelewatan perkembangan ini.

Di pihak kami sebagai pakar kanak-kanak semua kelewatan perkembangan merupakan masalah yang selalu terlepas pandang kerana ibu bapa agak kurang sabar untuk mendapatkan gambaran jelas masalah ini dan proses rawatan susulan yang amat panjang. Disarankan kepada Puan Azrina untuk membawa anak puan kepada pakar kanak-kanak untuk sejarah perubatan yang lebih mendalam di samping siasatan yang lebih lanjut bergantung kepada sejarah dan pemeriksaan fizikal, ini termasuk pemeriksaan darah dan juga MRI bahagian otak.
Semoga puan berpuas hati dgn maklumat yg telah disampaikan.
Salam Eidulfitri

( answered by Dr Mohd Zaqrul Razmal )

Read also: Caring for your premature baby ( MPA )


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Bayi saya pra-matang (premature)”

  1. ikinahamad Avatar
    ikinahamad

    salam doc…ank sya prematured 30w 4d..adakah susu kambing sesuai utk ank saya?apakah susu yang sesuai utk anak sya?sya x dpt mnyusu bdn ats faktor2 tertentu..

  2. mohd zaqrul razmal Avatar
    mohd zaqrul razmal

    Salam eidulfitri puan asma…adalah agak normal bg seorg bayi yg melalui masalah kesihatan seperti anak puan dan tggl di dalam wad utk agak lewat krn faktor persekitaran yg amat tidak kondusif

  3. asma Avatar
    asma

    dr..bagaimana pulak dgn baby yg duduk dlm ward selama 7 bulan (mslh VSD, heart failure – dah operate)..sekarang dia dah 10 bln and bole meniarap and guling2, senyum bila org main2 ngan dia(dulu masa mula keluar ward,susah nk senyum)..normal kan baby yang duduk ward dlm jangka masa yg lama, lambat sikit perkembangannya?

  4. mohd zaqrul razmal Avatar
    mohd zaqrul razmal

    Hi puan haizi…sekiranya anak puan lahir dgn berat yang baik, apgar score yg baik iaitu menangis dan aktif sebaik sahaja lahir …tanpa komplikasi kekurangan gula dan jaundice yang tinggi …anak puan tidak sepatutnya mempunyai mempunyai masalah perkembangan. InsyaAllah

  5. mohd zaqrul razmal Avatar
    mohd zaqrul razmal

    Hi hannah….utk pesakit SLE seperti puan secara amnya boleh breastfeeding. Dalam breastfeeding yg paling penting adalah kesihatan ibu yg memberikan zat-zat dan galian bagi bayi. Secara tradisi kebykan pakar kanak2 menolak breast feeding sekiranya ibu mengambil ubat kemoterapi walaupun begitu terdapat kajian2 yg melibatkan azathioprine membolehkan breast feeding dgn risiko yang di klasifikasikan pertengahan . Secara peribadi saya amat menyokong breast feeding akan tetapi aspek kesihatan ibu amat perlu di titik berat . Ibu yg sihat akan menghasilkan susu badan yg sihat dan berkualiti, sekiranya puan masih ingin mendapatkan manfaat susu badan mungkin jalan yg terbaik adalah melalui ibu susuan adik beradik atau kenalan rapat .ini adalah salah satu sunnah yg telah kita tinggalkan…wallahualam

  6. haizi Avatar

    Hi doc, anak saya dilahirkan pada 36minggu melalui csect kerana saya disahkan mengalami Pre-Eclampsia ketika 36minggu..adakah anak saya turut terkesan melalui kelewatan perkembangan juga..kerana sejarah kandungan itu sendiri?

  7. Hannah Avatar
    Hannah

    Hi doc!

    Saya merupakan pesakit SLE, consuming 5mg prednisolone and 150mg aziathioprine. Anak saya mengalami anemic sewaktu dilahirkan (HB 5) dan terpaksa menjalani blood transfusion. Saya menerima pendapat yang berbeza mengenai breastfeeding; sesetengah doktor mencadangkan supaya saya tidak menyusu badan anak saya memandangkan sejarah anemic anak saya mungkin berpunca dari ubat yang saya makan. Apa pendapat doktor? Bolehkah saya breastfeeding anak saya?

  8. Azrina Azman Avatar
    Azrina Azman

    thanks a lot dr…..selamat hari raya