Question: Doktor,
anak saya berumur 1 tahun 7 bulan tapi ubun2 (bhgn lembut di kepala) kepalanya masih belum tercantum semua (sebesar duit 10 sen).. adakah ini normal? I’m a bit worried kerana daripada pembacaan selalunya by 18 months ia akan tertutup sepenuhnya. fyi, anak saya aktif dan mengikut nurse klinik kesihatan ibu dan anak ukur lilit kepala anak saya ada normal semasa saya membawa anak saya untuk imunisasi bulan lepas.
Answer: secara amnya ubun ubun akan tutup pd 18 bulan. Namun ada segelintir yg lewat tapi normal. Sy tidak dapat megesahkan anak puan normal atau tidak memandangkan pemeriksaan hanya dilakukan oleh nursr. Walaupun ukur lilit kepalanya normal, itu menunjukkan kemungkinan besar tidak ada penyakit seperti air dalam kepala yg selalunya menyebabkan ukur lilit kepala besar. Namun ada penyakit2 yg boleh menyebabkan ubun2 tutup lambat seperti kurang thyroid hormin, kurang vitamin D , sindrom achondroplasia contohnya. Saiz 10sen mungkin menunjukkan ia semakin mengecil namun elok dptkan pemeriksaan doktor untuk pengesahan.