Question: Anak saya lelaki, lahir x cukup bulan about dlm 35++minggu sbb sy masalah darah tinggi & bersalin ceaser. Berat hanya 1.83kg. Sekarang dah nak masuk 9bln berat hanya 6++kg. Tapi badan sihat, kuat & tegap. Cuma saiznye kecilla berbanding kakak2nya yg lain. Masalahnya sekarang, kenapa dia selalu demam & sekarang ni dia ada masalah berak2 sampai melecet2 kelengkang dia. Najisnya warna hijau (berlendir) + ketul2 kecil warna kuning. Nampak dia menyusu, makan, semua ok. Takde masalah. Sejak lahir mmg minum susu S-26 (SMA) (1). Mmg kami risau sangat sebab dia selalu demam. Harap Dr dpt bantu. TQ….
Answer: Demam dikalangan kanak – kanak kebanyakan masa mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dari persekitaran
1) Kalau anak puan dijaga di nursery adalah biasa untuk mendapat demam viral sekali sebulan.
2) Jikalau ada orang lain di rumah yang kerap dapat demam atau kanak-kanak lain seperti jiran yang suka mencium atau bermain dengan anak puan.
Berkenaan dengan masaalah najis – kalau pemakananya dan selera makan adalah memuaskan dan berat, tinggi and lilitan kepala mengikut graf untuk umurnya yang pramatang – kebanyakkan masa ini tidak bermasaalah.
Walaubagaimanapun lebih baik anak puan diperiksa oleh doktor kanak-kanak untuk mengenalpasti masaalah yang lain.