[Q&A] Apakah ubat batuk yang sesuai untuk baby 5 bulan?

Question: Apakah ubat batuk yang sesuai untuk baby 5 bulan?

Answer: Ubat batuk tidak boleh diberikan kpd kanak2 2 tahun ke bawah. Punca batuk perlu dikenal pasti dan puncanya yg perlu dirawat. Sekiranya jangkitan virus, kebiasaannya akan pulih dlm beberapa hari tanpa rawatan pun. Sekiranya ada demam yg tinggi, paru2 berbunyi dan tidak aktif, kemungkinanan antibotik diperlukan selepas pemeriksaan doktor. Ada kala gas diberi sekiranya byk kahak di saluran pernafasan . Adakalanya doktor memberikan ubat salbutamol yg fungdinya adalah untuk meluaskan salur pernafasan yg sempit. Penggunaan ubat batuk mmg tidak digalakkan.


Posted

in

by

Tags: