Question: anak saya sering demam.kdang-kadang semnggu skali..umo dia skang stahun setengah.adakah disebabkan cacing?tp saya xbawa jmpa doktor lagi untuk vaksin yang 18 bulan.
Answer: Mamahadif, kanak2 umur tersebut kerap juga demam apatah lagi jika duduk di nurseri bersama kanak2 lain atau ada afik beradik yg sudah bersekolah. Kebanyakan masa adalah jangkitan virus jika dia cepat sembuh dan hanya ada ada batuk selsema. Sekiranya ada perkara yg merisaukan spt sukar bernafas , hilang selera makan yg berpanjangan, berat badan yg sukar naik dan tidak aktif, dapatkan pemeriksaan doktor kerana dia perlu diperiksa secara keseluruhan. Ubat cacing elok diberi selepas umur setahun tapi saya kemungkinan besar cacing bukan penyebab demam.