[Q&A] Anak saya mengalami penyakit eczema

Question: Anak saya berumur 4 tahun. Dia mengalami penyakit eczema sejak dari umur 1tahun.Masa dia tengah naik teruk (berkuping, luka di kepala) doc suggest suruh saya tukar susu dari susu lembu kepada susu Pediasure.Lepas tu dia dah ok.Tapi setahun kemudian dia akan kena lg eczema.Bermacam-macam doctor sy dah jumpa.dan pernah bawa ke pakar kulit.Sekarang ni, eczema dia masih on-off.Saya nak minta pendapat doc utk membantu saya dalam menjaga anak saya.Mohon penjelasan juga kenapa dia masih eczema walaupun sebelum ni dah ok.TQ.

Answer: Mama runsing, eczema bukanlah penyakit yg boleh disembuhkan, ia hanya boleh dikawal. Maksudnya, jika betul caranya, ruam eczema takkan naik.
Beberapa perkara yg perlu diberi perhatian
-sabun, losyen tak boleh ada pewangi dan alkohol. Jenama yg biasa untuk baby tidak sesuai. Pilih formulasi khas untuk eczema spt cetaphil, ezerra-ada di farmasi
-krim pelembap sgt penting kerana apabila kulit kering, ia akan rasa gatal dan mula menggaru yg menerukkan lg ruamnya.krim perlu letak kerap. Atopiclair bagus.kekadang kalau merah sgt perlu disapu ubat stetoid hanya untuk 2 minggu, sapu nipis.
-jgn baring pada karpet, debu hama boleh mencetuskan ruam.
Harap ini membantu
Beberapa pesakit saya menunjukkan perbezaan slps pakai minyak zaitun,jgn beli jenama kosmetik yg ditambah pewangi. Beli di supermarket, extravirgin olive oil.


Posted

in

by

Tags: