[Q&A] Masalah pertuturan

Question: Hi doktor,
Anak perempuan saya berusia 18 bulan seperti mengalami masalah pertuturan.
Jika dilihat pada perkembangan bahasa, dia sepatutnya sudah boleh menyebut 3 patah perkataan, tetapi sekarang dia hanya bercakap pada tahap satu patah perkataan sahaja. Contoh, jika hendak minum susu, dia akan sebut nak dan tunjuk pada botol susu.
Kebanyakan perkataan yang dituturkan juga tidak jelas sebutannya. Contoh, air disebut aiee.
Lebih membimbangkan saya kerana dia seakan-akan lupa kebanyakan ‘vocabulary’ yang telah berjaya dituturkan sebelum ini. Sebagai contoh, sebelum ini, dia boleh tunjuk cicak dan sebut ‘lizard’ dan cicak. Sekarang, bila dengar bunyi cicak dan ternampak cicak, dia akan tunjuk dengan jari tapi hanya sebut ‘sshhh’ seolah menghalau cicak. Tapi memang tak sebut cicak atau lizard walaupun ditanya berulang kali.
Selain daripada itu, dia sering mengeluarkan air liur tanpa sebab dan menangis kerana tidak selesa dengan keadaan tersebut. Saya tidak tahu punca lelehan air liur tersebut. Saya pernah bertanya pada doktor, tapi doktor tersebut menyatakan keadaan itu adalah normal.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan gangguan perkembangan pertuturan anak saya?

Answer: Anak Puan berumur 18 bulan dan pada peringkat ini dia mula nak belajar .Adalah normal kekadang dia lupa perkataan yang dipelajari. Mungkin boleh mencuba tips yg diberikan oleh Dr Aznor.Mengenai air liur, adakah ini perkara baru atau sudah lama berlarutan? Kekadang baby mungkin ada masalah ulcer dalam mulut tapi ia takkan berlanjutan lebin seminggu dua. Satunlagi kemungkinan ialah pertumbuhan gigi. Sekiranya berlarutan lagi, saranan saya dapatkan pemeriksaan oleh pakar.


Posted

in

by

Tags: