[Q&A] Anak saya tidak dapat menumpukan perhatian

Question: Anak sulung saya berumur 7 tahun. Dia seorang yang sangat aktif. Disekolah, cikgu selalu mengadu dia kurang memberi tumpuan, sangat hyper seperti suka berjalan kesana ke mari,keluar dari kelas. Tidak seperti kanak2 lain yang senang menerima arahan dan dapat duduk menghabiskan kerja yang diberi oleh guru. Keputusan peperiksaan juga agak kurang memuaskan kerana dia tidak dapat menumpukan perhatian (menulis seketika dan kemudian terus keluar kelas berjalan2). akan tetapi dia seorang budak yang bijak pada pandangan saya, apa yg dia pelajari di kelas, dia akan mencari di internet. Cuma anak saya kurang bergaul dengan kanak-kanak lain sebaya (seperti tidak berminat untuk bergaul dan lebih suka membuat kerja sendiri sehingga saya dan suami terpaksa memberi lebih perhatian kepada dia berbanding adik beradiknya yang lain.). Guru besar menyarankan saya supaya membawa anak untuk bertemu pakar bagi menyelesaikan masalah ini sebelum terlambat. Adakah anak saya menghidap ADHD? Saya amat bimbang terhadap pembelajaran anak saya.

Answer: Saya tidak boleh memberi diagnosa tanpa memeriksa dan menilai anak puan . Saya amat berharap agar Puan mendapat surat rujukan ke klinik pediatrik hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Pakar kanak kanak akan membantu puan kerana ramai kanak kanak sebegini yang menunjukkan peningkatan setelah melalui terapi yang disarankan .