[Q&A] Masalah tonsil

Question: anak lelaki saya mempunyai kelenjar / tonsil yang agak besar since baby. skrg die dah berumur 3 tahun. setiap kali kalau die demam, doc akan notify yang tonsil dier akan lagi besar dari biasa.. kami pernah refer dier ke ENT masa dier setahun lebih but doc ENT cakap its normal. so baru2 nie dier demam n sekali lagi doc notify tonsilnyer yang besar n bgtahu kalau demam dier berulang we should refer him to pakar.. alhamdullillah demam dh ok but as a mom i still worried.. what should i do..

Answer: Antara perkara yang boleh puan lakukan ialah memantau kekerapan masalah tonsilitis atau radang tonsils berlaku dan melaporkannya kepada doktor. Ini kerana sekiranya agak kerap, dia perlu dirujuk dan diperiksa oleh pakar ENT. Di samping itu , adakah dia tidur berdengkor sebab tonsil yang besar boleh mengganggu aliran udara semasa pernafasan dan ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar ENT juga.


Posted

in

by

Tags: