Q: Hi doktor, saya nak tanya tentang kepala anak perempuan saya. Kepala dia leper bahagian belakang. Dia suka pandang kiri dan menyebabkan kepala dia tidak bulat. Adakah kepala dia akan bulat lagi beberapa bulan akan datang ? (Zaki)
A: Encik Zaki, terima kasih untuk soalan anda. Kebanyakan masa masaalah bayi yang leper di bahagian kepala adalah tidak merbahaya dan adalah dipanggil “plagiocephaly”. “Plagiocephaly” adalah dari bahasa Greek -:“Plagio” bermaksud songsang dan “cephaly” bermaksud kepala – contohnya adalah seperti gambarajah di bawah.
Plagiocephaly adalah disebabkan posisi bayi semasa membesar di dalam rahim atau jikalau berlaku selepas lahir adalah disebabkan oleh bayi yang suka tidur lebih ke bahagian kiri atau kanan. Keadaan ini adalah untuk sementara sahaja dan kebanyakan masa akan semakin hilang bila bayi membesar. Ada segelintir bayi yang masih lagi ada kepala leper bila besar tetapi tidak ketara.
Untuk memahami dengan lebih lanjut – dibawah adalah gambar yang menunjukkan kepala bayi yang baru lahir terdiri dari beberapa tulang. Tulang bayi semasa lahir tidak bercantum dan adalah lembut. Ini menyebabkan tulang senang untuk mengikut bentuk tekanan dari luar dan kebiasaanya memberi bentuk kepala bayi leper di bahagian belakang. Kebanyakan ini adalah disebabkan oleh posisi tidur bayi yang disyorkan iaitu tidurkan bayi di bahagian belakang @ ‘back to sleep’ .
Adakalanya keadaan ini dikelirukan dengan “craniosynostosis” iaitu keadaan dimana tulang bayi bercantum terlalu awal. Keadaan ini merbahaya dan memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Encik juga risau bahawa anak encik suka pandang kiri dan salah satu keadaan yang kerap di kalangan bayi adalah “sternocleidomastoid tumour” – dimana ianya disebabkan oleh otot di leher yang besar. “Sternocleidomastoid tumour” juga adalah keadaan yang tidak merbahaya tetapi memerlukan ultrasound scan dan juga fisioterapy
Plagiocephaly tidak akan menyebabkan perkembangan yang lambat dan tidak akan memberi apa-apa kesan ke otak.
Rawatan untuk plagiocephaly adalah fisioterapy. Ada cadangan untuk topi atau tilam khas untuk keadaan ini – tetapi Royal College of Paediatrics tidak menggalakkan kedua-dua kaedah ini.
Namun demikian saya mengesyorkan encik berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti jika masaalah lain yang lebih membimbangkan seperti sternocleidomastod tumour, craniosynostosis atau keadaan lain.
( answered by Dr Charlotte Jane Joseph )



Comments
12 responses to “Mengapa kepala anak saya tidak bulat ?”
nak tnya anak buah sy umur dh 9bln. tp, leher dia ssh n lurus pandang depan.. dia sgt suka tole ke kiri jer… apa mslh nya tu dr… tq
**Comment Notification**
I had asymmetrical head when I was born. Always asked my mom about this but she said the doctor said not to worry. They did not offer a explanation like yours… so that the general public can understand. I remember My mom applied oils, massages and paid for traditional methods…. if only my mom was given this info earlier.
Hi Dr. Thanks for sharing the information above . Its really helpful as most ppl would be very concern about the shape of child’s head, worrying that it might affect their brain development.
Simple yet informative explanation to a rather common problem.
I have heard that in the big cities in the US, doctors are fitting “head shaping helmets” for aesthetics. It must be worn many hours in a day. Not popular in Asian countries, perhaps due to the heat and humidity factor. As Dr Charlotte stated, misshapen heads should not affect brain function (excellent post by the way). Society constantly tries to fix what is not even broken. Zaki, we all want our kids to be perfect and sometimes take the small imperfections that contributes to their unique features.
Dear Sheila thank you for comment and adding information to my article. Yes i do agree that special helmets and mattress are recommended by some individuals – but studies have shown that there methods do not help. There are guidelines and recommendation by The Royal College of Paediatric and Child Health which do not advocate these methods. Reassurance are all the is needed with no follow-up necessary. 🙂
Dr.Jane, masalah- masalah yang diajukan adalah masalah-masalah yg kerap dihadapi oleh para ibubapa, jawapan yang anda berikan adalah sungguh maanfaat dan berguna kepada ibubapa-ibubapa yang sedang menghadapi masalah sedemikian. Kebanyakan ibubapa tidak mahu tampil untuk bertanya atau mengetahui masalah kerana mungkin kurang berpelajaran atau segan ataupun mereka menggunakan cara tradisional nenek moyang yang tidak menjamin apa-apa. Perkembangkan lagi saluran soaljawap ini kepada masyarakat luar bandar.
Terima Kasih Tham sebab mengikut dan memberi pandangan ke artikel saya. Saya berharap dengan cara ini kita dapat serba sedikit memberi menolong ibubapa yang ada banyak soalan.
A condensed and very informative article… the simplified diagrams makes a better understanding of the topic
Thanks dr… keep up the good work 🙂
Thank you sarah – i am glad you liked my article.