[Q&A] Masalah buang air besar

Question: my lil girl is 2month 18days. dia dah tak poo poo almost 2 weeks. is it normal for babies yang breastfeed?

Answer: Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila seseorang bayi itu tidak buang air besar ialah samada dia muntah dan perutnya membesar. Kerana ini agak merisaukan dan mungkin adalah petanda bahawa ada masalah dengan usus. Tetapi sekiranya , anak Puan susu badan , masa lahir buang air besar dalam tempoh 24 jam , tidak muntah , boleh buang angin serta najisnya lembut dan tidak keras , kebanyakan masa ianya bukan satu masalah . Sesetengan bayi yang susu badan mula buang air besar jarang jarang masa umur 2 bulan . ini selalunya merisaukan ibu bapa kerana sebelum itu dia buang air besar banyak kali dalam seharri. Sekiranya ada tanda2 merisaukan yang saya sebutkan tadi , sila berjumpa doktor .


Posted

in

by

Tags: